Selangor Vs Jdt Amri Yahyah

Analisa Selangor vs JDT: Amri, Azhan Hero Selangor, Kesilapan Aidil Mengundang Padah

Kekalahan kepada Selangor malam semalam membuktikan JDT masih ada titik kelemahan lebih-lebih lagi apabila turun tanpa tonggak utama. Namun kredit kepada jurulatih Morais kerana masih mampu memberikan saingan kepada pasukan utama Selangor dengan skuad ‘second string’.

PERMULAAN

Selangor turun dengan formasi 3-5-2 menentang skuad Morais yang bermain dengan formasi terkuat mereka 4-3-3.

Amirul Hadi diletakkan sebagai pemain utama bagi berganding dengan Afiq Fazail dan Nazmi Faiz.

Kelibat Amri Yahya mencuri setiap lensa kamera apabila beliau disahkan turun.

‘INDIVIDUAL ERROR’ JDT

selangor vs jdt haziq

Di separuh masa pertama, jelas pertahanan JDT begitu rapuh. Dan mereka bernasib baik kerana di separuh masa kedua, JDT berjaya mengembalikan penguasaan bola.

Kesilapan Muhd Haziq yang gagal menangkap kemas rembatan pemain Selangor dan ‘interception’ yang cemerlang dari pemain Selangor mengundang padah kepada JDT.

Apa yang menjadikan pertahanan JDT begitu rapuh meskipun dikawal rapi pemain berpengalaman seperti Aidil Zafuan?

[AdSense-B]

Salah satunya ialah pemain Selangor berjaya mengatasi pertahanan JDT dengan kepantasan mereka apabila melancarkan ‘counter attack’. Kegagalan pemain untuk melakukan perangkap ofsaid memakan diri sendiri apabila bekas pemain JDT, Amri Yahya berjaya mengambil bola yang gagal dibuang Marcos dari kawasan berbahaya.

Seterusnya kesilapan Aidil Zafuan yang melakukan sentuhan yang tidak sepatutnya di dalam ‘D Box’. Kesilapan yang sama dilakukannya ketika JDT tewas dengan Ceres Negros.

‘PIVOT’ BERKEMBAR JDT GAGAL BERFUNGSI

selangor vs jdt yol

Afiq Fazail sekali lagi menjadi taruhan Morais untuk berganding bersama Amirul Hadi. Namun sayangnya apabila Afiq Fazail kelihatan seperti berjuang seorang diri dalam melindungi ‘back four’ JDT.

Amirul Hadi kerap ‘out of position’ dan ini menyebabkan zon 14 JDT begitu mudah ditembusi melalui ‘counter attack’. Ini memberikan peluang kepada pemain sayap Selangor terus menerus menekan dua pertahanan sisi JDT.

4-2-4 MENJADI

selangor vs jdt azhan

Sekali lagi jurulatih Morais terpaksa menukar formasi dan taktikal untuk mengejar defisit gol. Ini adalah disebabkan bahagian tengah mereka gagal menguasai permainan dan acapkali ‘misscommunicate’ di antara Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri.

Morais sedar yang JDT sudah terlalu tertekan dan kemasukkan Darren, Guerra dan Cabrerra menjadi titik permulaan perubahan permainan.

[AdSense-B]

JDT jelas kembali bermain dengan ‘DNA’ mereka dan duo kembar Argentina menjadi duri dalam daging untuk pasukan Selangor. Selangor harus berterima kasih kepada Khairul Azhan yang berjaya menyelamatkan 3 hingga 4 percubaan JDT.

DARREN SEMAKIN MATANG

selangor vs jdt gol darren lok

Pemain kacukan Malaysia yang bermain di posisi penyerang, Darren Lok jelas mencuri tumpuan penulis. Ternyata beliau semakin matang dan tajam di hadapan gol.

Mungkin tidak keterlaluan untuk penulis mengatakan yang Darren Lok lebih bagus dari Hazwan Bakri untuk perlawanan malam semalam.

Dengan sistem 4-2-4 yang dimainkan mereka, Darren mendapat banyak faedah apabila banyak bola dapat disalurkan kepada beliau. Dan beliau hampir menjaringkan gol pendahuluan JDT namun tersasar sedikit.

Di separuh masa pertama, JDT menjadi lebih klinikal di hadapan gawang gol dan ini menyebabkan Selangor terpaksa bermain dengan 5-3-2.

[AdSense-B]

KESIMPULAN

Kekalahan malam semalam memberi peluang untuk jurulatih Morais memperbaiki setiap aspek kelemahan yang ada lebih-lebih lagi di bahagian tengah jika JDT terpaksa bermain tanpa Safiq Rahim, Natxo Insa, Gabriel Guerra mahupun Gonzalo Cabrerra.

‘Flanker’ Selangor mempunyai kelebihan di dalam segi ‘pace’ berbanding ‘flanker’ JDT yang jelas gagal menunjukkan aksi terbaik mereka. ‘Decision making’ JDT jelas sangat perlahan dan ini memberi masa kepada unit pertahanan Selangor kembali menyusun organisasi mereka dengan lebih teratur.

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN

amri lagi tinggi

Penulis merasakan bekas pemain JDT merupakan pemain terbaik pada perlawanan malam semalam. Bisa dan aksi beliau masih berada di kelas tersendiri.

Dua gol beliau mengecewakan majoriti peminat dan penyokong JDT namun penulis tetap gembira kerana pemain JDT sudah menunjukkan semangat melawan yang tinggi sehingga ke akhir wisel.

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Selangor 3 Johor DT 2

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: