Jdt Vs Selangor V

Analisis: Farizal Marlias Cemerlang, Red Giants Hilang Tumpuan Pada Babak Kedua

Pasukan Johor telah berjaya menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Larkin, malam tadi.

Pasukan Johor membuka jaringan pada minit ke-61 menerusi tolakan Ahmad Hazwan Bakri yang menerima umpanan daripada Gonzalo Cabrera. Nazmi Faiz menambah gol kedua pasukan Johor 8 minit kemudian apabila menyudahkan satu hantaran lintang daripada Safawi Rasid.

[AdSense-B]

Berikut merupakan pemerhatian kami sepanjang perlawanan tersebut:

Hazwan Bakri; striker tunggal atau perlukan gandingan?

Walaupun berjaya menjaringkan gol, namun permainan keseluruhan Hazwan masih menjadi persoalan besar buat peminat pasukan Johor, adakah beliau mampu menjalankan tugas sebagai striker tunggal atau beliau memerlukan seorang penyerang untuk digandingkan bersama beliau di posisi penyerang tengah? Jika dilihat pada musim-musim sebelum, beliau lebih efisien dengan gandingan 2 orang striker tengah berbanding bermain sebagai striker tunggal.

Pasukan Selangor hilang tumpuan pada babak kedua; pasukan Johor kekal berdisiplin sepanjang perlawanan

Pada babak pertama, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana pasukan Selangor secara kolektif menyerap asakan daripada pasukan Johor manakala pasukan Johor pula berjaya memematahkan beberapa gerakan serangan balas daripada pasukan Selangor. Namun, pasukan Selangor seolah-oleh hilang tumpuan dalam babak kedua apabila melakukan dua kesilapan dalam bertahan ketika kedua-dua gol pasukan Johor.

Nazmi Faiz semakin selesa dengan status kesebelasan utama

Nazmi Faiz mungkin mempunyai gaya permainan yang sedikit berbeza berbanding Safiq Rahim, namun beliau membuktikan bahawa beliau boleh mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Safiq dengan visi hantaran yang lebih bagus serta permainan keseluruhan yang lebih baik. Beliau juga menjustifikasikan impak beliau dalam perlawanan ini dengan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Johor sebelum dikeluarkan pada minit ke-85 untuk Safiq.

Farizal Marlias kembali ke prestasi terbaik

Farizal Marlias akhirnya kembali ke prestasi terbaik beliau setelah lama tersisih akibat penggantungan daripada AFC. Melakukan 3 aksi menyelamat yang penting dalam perlawanan, tidak keterlaluan sekiranya kami memilih beliau secara peribadi sebagai Pemain Terbaik Perlawanan hasil prestasi beliau pada malam ini.

[AdSense-B]

Dominasi Willian Pacheco di udara

Di awal permainan, Willian Pacheco mempamerkan kualiti beliau dalam perebutan bola di udara dengan menanduk keluar hantaran-hantaran lintang yang dilakukan oleh pasukan Johor. Pasukan Johor yang menyedari bahawa Willian Pacheco akan memenangi setiap perebutan bola di udara, mengurangkan jumlah hantaran lintang, seterusnya menggunakan larian-larian Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid untuk menembusi pertahanan Selangor.

Sumber: Football Malaya (Jika pemberian kredit ini silap, sila hubungi kami untuk pembetolan.

Baca juga: JDT Pastikan Selangor Berputih Mata

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment

Comments are closed.