Piala Malaysia 2017 Sarawak Vs JDT Kesebelasan Utama Gambar

Analisis Sarawak vs JDT: Permainan ‘Anti Football’ Menyukarkan Barisan Serangan JDT

Pada 29 Julai 2017, berlakunya pertembungan di antara kelab Johor Darul Takzim (JDT) dan Sarawak FA di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak. Perlawanan Piala Malaysia ini amatlah penting bagi kedua-dua pasukan.

Sarawak perlu menang ke atas JDT bagi mendapatkan peluang mereka untuk bersaing dalam kancah Piala Malaysia, manakala JDT pula harus memenangi perlawanan ini bagi mengesahkan kedudukan untuk layak ke pusingan seterusnya dan mengejar seteru mereka iaitu Selangor FA untuk merampas kedudukan tangga teratas kumpulan.

Jika JDT menang ke atas Sarawak, maka ianya menutup segala peluang mereka dan mengesahkan kemaraan pasukan JDT ke pusingan akan datang.

piala malaysia 2017 sarawak vs JDT kesebelasan utama

Sebelum perlawanan ini bermula, terdapat beberapa khabar angin yang menyatakan Sarawak FA menurunkan pemain yang kebanyakkannya bukan kesebelasan utama mereka pada perlawanan ini. Ini kerana mereka ingin menumpukan perlawanan Liga Super akan datang dan khabar angin tersebut ternyata betul.

Bagi skuad kendalian Ullises Morais, beliau menurunkan kesebelasan utama mereka dengan Haziq Nadzli menjaga gawang JDT. Aidil Zafuan akan mengisikan kekosongan Marcos Antonio yang cedera pada perlawanan Perak tempoh hari. Afiq Fazail akan berada di bangku simpanan dan Amirul Hadi Zainal akan beraksi pada kesebelasan utama ini.

[AdSense-B]

Sarawak mengamalkan ‘anti-football’ pada separuh masa pertama

Pada permulaan separuh masa pertama, Sarawak bermula permainan mereka dengan defensive minded dan mereka mengharapkan ada kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemain JDT untuk mereka membuat ‘counter attack’ di bahagian wide area.

Dari segi serangan mereka adalah menggunakan ‘direct football’ dan banyak melakukan ‘long ball’ ke bahagian serangan secepat mungkin. Apabila mereka mendapat bola di bahagian flanker, mereka akan melakukan crossing ke dalam kotak penalti kerana mereka tahu akan kelemahan JDT dari segi ‘aerial duels’ antara pemain pertahanan JDT.

Defensive line mereka ‘drop too deep’ sehingga berada di depan kotak 18-ela mereka. Oleh sebab itu, ianya memberi banyak ancaman dan gerakan daripada JDT untuk melakukan serangan. Walaupun mereka bersifat ultra defensive untuk menyerap segala asakan JDT, barisan pertahanan Sarawak dapat menangkis segala asakan JDT daripada dibolosi dengan banyak. Tetapi, mereka tidak dapat untuk menghalang gol daripada penyerang prolifik JDT pada ketika ini, Mohamad Ghaddar pada minit ke-41 menerusi hantaran daripada Safiq Rahim.

Ada juga terdapat beberapa cubaan yang dilakukan oleh Sarawak. Pada minit ke-12, pemain Sarawak, Sahil Suhaimi melakukan rembatan terkena pada pertahanan JDT yang memberi reflection pada bola tersebut. Namun JDT bernasib baik yang bola tersebut tersasar ke tepi pintu gol.

JDT selesa menguasai permainan pada separuh masa pertama, Natxo seperti bermain keseorangan

Dengan taktikal defensive yang dipamerkan oleh Sarawak FA, JDT selesa menguasai permainan dan menggerakkan bola ke sekitar padang untuk menjana serangan ke kubu pihak lawan. Tapi pada perlawanan ini, penulis dapat melihat bahawa hanya Natxo Insa sahaja yang banyak membuat gerakan, membawa bola dan melakukan ‘build up’ di bahagian tengah.

[AdSense-B]

Safiq dan Amirulhadi juga gagal menghubungkan rangkaian mereka untuk memberi support kepada Natxo Insa. Perkara ini pernah berlaku pada perlawanan menentang Perak tempoh hari di mana Safiq dan Afiq Fazail juga gagal untuk memberi ‘depth’ kepada Natxo Insa. Ianya menjadikan Natxo Insa sebagai ‘one man show’ yang mengemudi di bahagian tengah pasukan JDT.

Sarawak menaikkan intensiti menyerang pada separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, jurulatih Sarawak mahukan pemain-pemain mereka supaya bersemangat untuk mendapatkan gol penyamaan. Mereka menaikkan intensiti dan tempo mereka serta melakukan banyak serangan di bahagian flanker JDT dan melakukan ‘crossing’ yang berbahaya ke defensive third JDT.

Hasilnya terdapat satu ‘crossing’ yang merbahaya ke dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Haziq Nadzli. Namun palang dapat menyelamatkan gawang JDT daripada dibolosi dan dapat mengelakkan Sarawak mendapatkan motivasi untuk memenangi perlawanan tersebut.

Asakan demi asakan daripada skuad Ngap Sayot ini memberi kesukaran kepada Haziq Nadzli untuk menjaga gawang beliau. Penulis dapat melihat bahawa perlawanan ini merupakan prestasi yang sukar dan rendah pada penjaga gol tersebut.

Ullises Morais melakukan eksperimen pada pemain dan taktikal.

Pada separuh masa kedua ini, Ullises Morais melakukan eksperimen pada pemain-pemain beliau bagi mengenal pasti kekuatan pemain dan gameplay pemain tersebut. Pada minit ke-54, Morais mengeluarkan Amirulhadi dan memasukkan Azamuddin Akil juga mengeluarkan Ghaddar pada minit ke-74 dengan memasukkan Gary Steven Robbat.

Dengan pertukaran tersebut, Morais ingin mencuba Gabriel Guerra untuk bermain role sebagai modern no.9 pada pasukan JDT. Ini kerana jika Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan, beliau mempunyai Guerra yang bakal menggantikan tempat Ghaddar bagi mengisi kekosongan apabila tiadanya kelibat Ghaddar.

Untuk Gary pula, Morais ingin melihat sejauh mana perkembangan dan pegangan gameplay yang dipamerkan oleh Gary di atas padang. Ini membantu Morais dari segi taktikal bagi meletakkan pemain tersebut di posisi yang sesuai bagi pemain itu.

[AdSense-B]

Pada perlawanan ini, Gary diuji untuk bermain di bahagian DMF sebagai lone pivot untuk pasukan JDT dan penulis menganggapkan ianya ujian lulus yang pertama bagi beliau di bawah pengurusan Morais. Penulis berharap agar Gary mendapatkan semula segala prestasi beliau untuk bersaing bagi merebut tempat kesebelasan utama akan datang.

Kesimpulan

Dengan kemenangan 2-0 ke atas Sarawak untuk perlawanan Piala Malaysia, ianya mengesahkan temapt bagi pasukan JDT untuk layak ke pusingan seterusnya bersama dengan Pasukan Selangor FA yang memperoleh kemenangan ke atas Terengganu 3-2 pada tarikh yang sama.

Namun, pasukan JDT juga ingin mencapai sasaran mereka untuk menduduki tangga teratas pada peringkat kumpulan. Apapun, penulis sentiasa berharap agar JDT sentiasa maju ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang bagi mengecapi kejayaan dan mencipta sejarah baru bagi pasukan JDT. Luaskan kuasamu.

Baca juga: Piala Malaysia 2017: Sarawak 0 Johor DT 2, Hanya Satu Slot Yang Tinggal Ke Suku Akhir

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: