Anuar Jumpa Sultan Johor

Anwar, Izzah Menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, malam tadi.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

[AdSense-B]

Menurut kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Baginda, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup Anwar bersama Sultan Ibrahim, yang berlangsung selama lebih dua jam itu.

Yang turut hadir, anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di pekarangan istana pada jam 10.50 malam.

[AdSense-B]

Selesai pertemuan itu, beliau mengiringi Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail ke majlis santapan sebelum pulang.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: