1

5 Petua Menggunakan Asam Jawa Untuk Kecantikan, Boleh Cuba Untuk Selulit Juga

Asam Jawa biasanya terkenal dengan kegunaannya di dalam masakan terutama masakan melayu. Ia diambil daripada buah Asam Jawa yang yang telah masak. Sekarang Asam Jawa yang telah siap diproses banyak dijual di kedai-kedai runcit dan pasaraya-pasaraya berhampiran.

Antara masakan yang menggunakan asam jawa ialah Ikan atau Ayam Masak Asam, Ikan Bakar (pencicahnya) dan lain-lain lagi. Namun selain daripada amat berguna sebagai bahan untuk masakan, Asam Jawa juga terkenal dalam petua dan perubatan tradisional.

Berikut adalah 5 petua tradisional yang menggunakan Asam Jawa untuk kecantikan:

1. Tanggalkan sel kulit mati

Asam Jawa mampu untuk menanggalkan sel kulit muka yang telah mati. Caranya ialah sapukan Asam Aawa pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 20 – 30 minit. Sambil menunggu ianya kering, anda boleh mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit yang mati tersebut turut tertanggal.

Kemudian, bilas dengan air bersih.

2. Hilangkan Jerawat

Bancuh 3 biji atau 3 sudu besar Asam Jawa dengan air panas. Tunggu sehingga bancuhan sejuk sebelum menapisnya untuk menagsingkan bahan-bahan yang tak diperlukan. Air bancuhan yang telah ditapis itu dijadikan air pencuci muka pada setiap pagi.

3. Cerahkan kulit

Bancuh Asam Jawa dengan air panas. Kemudian ambil serbuk kunyit dan gaulkan bersama air bancuhan Asam Jawa tadi. Sapukan keseluruhan wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

4. Hilangkan selulit

Untuk masalah ini 4 bahan utama diperlukan iaitu Asam Jawa, lemon, bakin soda, dan gula. Campurkan bahan-bahan ini dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Urut ikut arah jam. Biarkan selama 10 minit. Akhir sekali bilas denan menggunakan air suam.

5. Rawat Eczema

Ambil segenggam daun asam jawa (daun ya , bukan buah..!) dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk dan kisar 2 bahan ini sehingga lumat. Kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.

Itulah 5 petua tradisional yang menggunakan Asam Jawa untuk kecantikan. Anda bolehlah mencuba di rumah. Yang pasti menggunakan cara tradisonal ini adalah lebih menjimatkan. Malah ia 100% bebas daripada bahan kimia. Cubalah…!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: