B. Sathianathan Pilih JDT Sebagai Juara Piala Malaysia 2017

B. Sathianathan Memilih JDT Sebagai Juara Piala Malaysia 2017

 

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan memilih skuad kendalian Ulisses Morais, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebagai pilihan utama untuk muncul juara Piala Malaysia apabila turun berdepan Kedah di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Menurutnya, berdasarkan barisan pemain bertaraf bintang dan kemudahan latihan serba moden seharusnya mereka tidak berdepan masalah untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama sejak menggunakan nama Johor DT pada 2013.

[AdSense-B]

Untuk rekod, Johor pernah memenangi Piala Malaysia dua kali pada 1985 dan 1991.

“Kalau dilihat kepada barisan pemain, sepatutnya Johor DT menjadi juara. Mereka patut jadi juara sebab mereka ada segala-galanya.

“Melihatkan kepada tonggak berbakat mereka, memiliki kemudahan canggih serta mempunyai bos (pemilik Johor DT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang terbaik mereka patut memenanginya, ” katanya hari ini.

Johor DT yang sudah menjuarai pelbagai kejuaraan domestik dan antarabangsa termasuk menjulang Liga Super (2014, 2015, 2016, 2017), Piala FA (2016), Piala Sumbangsih (2015, 2016) serta Piala AFC (2015) kini dalam misi untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia yang masih belum berada di kabinet mereka.

Begitupun, Sathianathan menegaskan Kedah bukanlah lawan yang mudah untuk ditumbangkan dan mampu mencipta kejutan sekali gus mempertahankan trofi itu buat kali kedua berturut-turut.

[AdSense-B]

“Tapi Kedah seperti yang anda tahu, mereka mampu membawa elemen kejutan seperti yang disajikan ketika menewaskan pasukan saya (FELDA United) di separuh akhir tempoh hari.

“Mereka beraksi tanpa khidmat pemain utama seperti Liridon Krasniqi, Ken Ilso dan Khairul Helmi Johari yang ditimpa kecederaan dan penggantungan masih dapat mara ke final dengan menggunakan khidmat pemain muda.

“Ini kelebihan Kedah yang harus diawasi dan seandainya Johor DT ambil mudah, saya kira Piala Malaysia akan kekal di negeri Jelapang Padi itu buat musim kedua,” katanya.

Pada final musim lalu, skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff berjaya membalas kekecewaan final 2015 apabila menumbangkan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga:

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: