Garam

Masin Dalam Makanan Memang Perlu, Tetapi Berapa Jumlah Garam Diambil. Ini 7 Tanda Badan Anda Terlebih Garam

Makanan memang lebih sedap dengan adanya perasa seperti garam. Kalau tak ada rasa masin dalam makanan, memang terasa hambar je makanan yang disentuh tu. Semua masakan pasti kita letak garam dan kita tak pernah ambil tahu pun berapa banyak sebenarnya garam yang telah kita guna ketika masak dan jumlahnya setiap hari yang kita ambil.

Sedar tak sedar, jumlah tersebut mungkin sudah melebihi daripada jumlah yang ideal yang dicadangkan pakar. Menurut data yang dikongsikan oleh Kris Gunnars yang dipetik daripada portal Healthline, jumlah ideal pengambilan garam dalam satu hari adalah kurang daripada 1500 mg atau tidak melebihi 2300 mg.

Secara perbandingan, 1500 mg adalah bersamaan dengan 0.75 sudu teh manakala 2300 mg bersamaan dengan satu sudu teh. Tambahan lagi, kandungan sebenar garam adalah terdiri daripada sodium dan chloride.

Kebanyakkan orang ramai pada hari ini sebenarnya menggunakan garam lebih tinggi berbanding daripada yang disarankan oleh ahli perubatan. Dianggarkan kita pada hari ini menggunakan sebanyak 3400 mg atau lebih, kebanyakkan daripada makanan segera.

Tapi macam mana kita nak tahu bahawa kita banyak manakah garam yang telah kita ambil setiap hari? Ini dia tujuh tanda-tanda, jika ada bermakna anda sudah mengambil terlalu banyak garam.

1. Bengkak

Jika anda merasakan terdapat benjolan pada bahagian sendi ataupun kesan bengkak pada bahagian badan dan mata ketika bangun tidur, ia bermakna kandungan garam dalam badan anda adalah tinggi.

Bengkak tersebut mungkin terjadi akibat badan anda menyimpan terlalu banyak air yang dipanggil edema akibat pengambilan garam secara berlebihan. Untuk mengatasinya, anda perlulah mengamalkan diet makanan yang teratur dan mengurangkan pengambilan garam.

2. Kerap Dahaga

Sodium yang wujud di dalam garam berfungsi untuk menyeimbangkan cecair di dalam badan. Apabila anda mengambil terlalu banyak garam, maka badan anda memerlukan lebih air untuk membantu sistem badan bekerja dengan lebih efisyen.

Dengan memberi isyarat dahaga dan anda meminum air, ia adalah cara badan anda untuk menyeimbangkan nisbah sodium kepada cecair. Jika anda makan terlalu banyak garam dan kurang mengambil air, ia boleh menyebabkan badan anda dehidrasi.

3. Perubahan Warna Air Kencing

Mengambil banyak garam memaksa buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya kembali dari badan. Ia boleh menjadi punca kepada wujudnya masalah pada buah pinggang anda. Tanda-tandanya adalah anda kerap kencing dengan warna air kencing adalah bewarna jernih.

Manakala jika badan anda mempunyai kandungan sodium yang tinggi, anda juga akan kerap membuang air yang akhirnya membawa kepada dehidrasi. Jumlah air kencing yang keluar juga semakin berkurangan dengan warna air bertukar kuning atau cokelat.

4. Sakit Tulang

Garam yang berlebihan boleh memberikan masalah kepada tulang. Jika anda mengambil garam terlalu kerap, buah pinggang anda akan mempunyai masalah untuk menyingkirkannya. Hasilnya, tulang anda menjadi lemah, masalah pada gigi dan masalah osteoporosis.

5. Ketegangan Otot

Memastikan keseimbangan sodium-potasium dalam badan amat penting memandangkan ia berfungsi dalam operasi otot-otot anda. Jika kandungan sodium di dalam badan anda tinggi dan menjadi tidak seimbang, anda mungkin mudah mengalami masalah ketegangan otot dan rasa sakit.

6. Kerap Sakit Kepala

Pengambilan sodium secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah anda menjadi tinggi, menyebabkan saluran darah anda mengembang. Pengembangan saluran darah inilah menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi sekaligus anda akan kerap merasa sakit kepala.

7. Masalah Kognitif

Masalah darah tinggi akibat pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan apada arteries yang berhubung dengan otak. Ia boleh menggangu tumpuan anda pada tugasan harian dan keupayaan anda untuk berfikir.

Sumber : Brightside

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: