Piala ACL 2017 Bangkok United Vs JDT Benjamin Mora

Bangkok United ujian terbesar Benjamin Mora

Perlawanan pra-musim sebelum ini tidak seharusnya menjadi ukuran buat skuad utama JDT untuk menangani Bangkok United dalam kelayakan pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2017 ini. Perlawanan menentang Bangkok United menjadi ujian terbesar untuk coach Benjamin Mora

Taktikal baru menjadi taruhan Benjamin Mora

Perubahan taktikal pastinya akan membantu JDT dalam perlawanan yang akan berlangsung pada 31hb Januari di tempat lawan. Tentunya Benjamin Mora mempunyai ramuannya tersendiri berpandukan falsafah kelab yang merupakan haluan utama bagaimana JDT sepatutnya beraksi.

[AdSense-B]

Sepertimana pemain telah dipersiapkan dari segi mental dan fizikal, sokongan padu dari para penyokong Harimau Selatan juga pastinya mampu memberikan semangat tambahan buat para pemain dalam mengharungi saingan di peringkat yang lebih tinggi ini.

Seperti tahun-tahun sebelum, JDT tidak pernah gagal untuk mencuba peluang menembusi ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Tahun ini, sekali lagi JDT berada di pentas kelayakan pusingan kedua ACL dan bertemu lawan dari Thailand yang menjadi tuan rumah iaitu Bangkok United.

Sekiranya berjaya, hanya satu halangan sahaja lagi untuk layak ke peringkat kumpulan dengan dengan menewaskan kelab dari Jepun, Gamba Osaka. Sesungguhnya, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.

[AdSense-B]

JDT di pentas Asia

Piala ACL 2017 Bangkok united vs JDT asia

Kejayaan JDT melayakkan diri ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) untuk tiga tahun berturut-turut meningkatkan lagi motivasi pemain JDT bagi membawa nama kelab pergi lebih jauh lagi. Pertemuan dengan Bankok united bakal meletakkan imej JDT menjadi tumpuan di Asia Tenggara.

JDT yang mempunyai rekod baik di saingan Piala AFC menyasarkan untuk melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini dan mahu mencipta sejarah untuk beraksi buat pertama kali di saingan ACL edisi kali ini. 

[AdSense-B]

Informasi perlawanan Bangkok United vs JDT

Piala ACL 2017 Bangkok united vs JDT

Pertembungan antara Bangkok United menentang JDT dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2017 yang akan berlangsung pada Selasa ini, 31hb Januari 2017 di Stadium Thammasat, Pathum Thani jam 7.00 malam (Waktu Tempatan). Ayuh berikan laungan semangat dan sokongan sebagai penyokong Harimau Selatan.

Siaran langsung atau live streaming akan kami kemaskini apabila mendapat sumber yang sahih.

Baca juga: Senarai pemain JDT II 2017 mengikut nombor jersi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: