Crop 1280×720 000

Benarkah Dashboard Kereta Panas Boleh Sebabkan K4nser?

Penulisan ini ditulis Dr Suhazeli Abdullah, seorang Pakar Perubatan Keluarga, di laman Facebook beliau dan pihak kami telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.

Tulisan yang mengaitkan gas benzene dengan k4nser telah disebarkan dalam media maya sejak tahun 2009. Tulisan asal dalam bahasa inggeris, kemudian diterjemah ke bahasa melayu bagi menakutkan masyarakat.

Versi bahasa inggeris tidak menyatakan doktor mana yang mengeluarkan kenyataan, tetapi versi Melayu diletakkan Dr Syed Badar Hussain, Pakar Neurologi Atlanta. Pelik juga pakar neurologi menulis mengenai k4nser akibat gas benzene. Entah wujud atau tidak doktor pakar yang bernama sedemikian di Atlanta.

Andaian yang dikemukakan oleh penulis asal amat lemah kerana hanya merujuk kepada gas benzene semata-mata tanpa melihat kepada kajian dan kenyataan rasmi dari pihak yang berwibawa.

Gas Benzene banyak digunakan dalam industri petroleum dan pembuatan kasut. Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungkait antara gas benzene dengan kanser dikalangan para pekerja yang terlibat terus dalam industri berkenaan.

Gas Benzene sebabkan L3uk3mia

Terdapat bukti kajian yang menyatakan para pekerja kilang berkenaan mempunyai risiko mengidap k4nser. K4nser yang dikenal pasti adalah Luk3mia (k4nser d4rah), khususnya Acute Myeloid L3uk3mia (AML). Luk3mia jenis lain setakat ini masih tidak dibuktikan berpunca dari gas benzene.

Begitu juga dengan k4nser selain dari k4nser d4rah yang dinyatakan di atas, tiada bukti pun.

Badan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menghadkan pendedahan kepada gas ini tidak melebihi 0.32 mg / meterpadu / sehari dan pendedahan jangka pendek tidak melebihi 3.2 mg / meterpadu (selama 15 minit). Unit yang digunakan adalah meterpadu atau kakipadu bukannya kaki persegi seperti yang ditulis dalam artikel tersebut.

Paras gas benzene dalam kereta sangat rendah

Pun begitu beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui paras benzene yang terdapat dalam kereta yang terdedah panas terik. Kajian Jerman, Korea Selatan, dan Amerika mendapati jumlah gas benzene hanya antara 0.013 hingga 0.560 mg/meterpadu.

Jumlah ini masih dikira selamat. Kajian sama juga mendapati kereta baru lebih tinggi parasnya dari kereta lama. Tetapi jumlah tersebut itu pun masih dibawah paras bahaya.

Justeru, tidak perlu bimbang dengan jumlah tersebut. Andaikata anda berhati-hati dalam menjaga kesihatan dalam udara kereta tiada menjadi masalah untuk membuka tingkap atau menggunakan mode udara luar semasa menggunakan penyaman udara kereta.

Sebagai pengetahuan, benzene yang tercerna hasil dari pembakaran rokok lebih tinggi dan terbukti menyebabkan k4nser berbanding dengan benzene dari dashboard kereta.

Rujukan:

1. Benzene carcinogenic.

2. Dashboard kereta sebab kanser

3. ACS

4. Live Science

5. Europe PMC

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: