Morais Kemenangan Yang Menarik

Bertemu Sarawak, Morais Mahu Merehatkan Pemain yang Beraksi Menentang Pahang

Coach Morais memuji komitmen yang ditunjukan oleh anak buahnya dalam perlawanan menentang Pahang malam tadi. Dia menyifatkan sebagai satu kemenangan yang menarik kerena menentang pasukan yang hebat seperti Pahang di halaman mereka.

Morais juga akan merehatkan pemain yang beraksi malam tadi untuk perlawanan seterusnya menentang Sarawak di Stadium Larkin pada hari Sabtu ini. Sementara itu, Morais juga mengesahkan bahawa Ghaddar mengalami kecederaan dan akan dinilai oleh doktor pasukan.

pahang vs jdt 2017 ghaddar

Mengikut rekod, tiga pemain JDT dihukum gantung satu perlawanan selepas mengumpul kad kuning ketiga dalam perlawanan malam tadi. Tiga pemain tersebut adalah Amirul Hadi, Azrif dan Fazly Mazlan. Mereka akan terlepas perlawanan Liga Super yang seterusnya menentang Sarawak.

Amirul Hadi mengumpul 2 kad kuning ketika menentang Felda United (27/01/17) dan Kelantan (12/04/17). Manakala Azrif ketika menentang Pahang (03/03/17) dan PKNS FC (15/04/17). Fazly pula ketika menentang Melaka United (09/04/17) dan Pulau Pinang (26/04/17).

Analisa Chonburi FC vs JDT fazly mazlan

Jika Morais benar-benar mahu merehatkan semua pemain tersebut, kita akan melihat satu lagi kesebelasan utama yang mungkin pertama kali diturunkan dan juga tanpa import. Adakah perkara ini akan terjadi dalam saingan Liga Super?

Harapan penyokong

Tapi perlu juga diingatkan bahawa penyokong juga mahu coach dan pemain meletakan keutamaan kepada Liga Super dan juga mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Larkin. Kami berharap rentak kemenangan akan diteruskan. Kami juga berharap coach tidak merehatkan kesemua pemain yang beraksi semalam.

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Liga Super ke-15, Pahang 0 Johor DT 2

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: