Resepi Wantan Goreng

Cara Mudah Buat Wantan Goreng Paling Simple Guna Kulit Popia. Cepat & Lazat

Lapar pulak rasa perut ni, nak makan apa ye? Asyik-asyik goreng nugget dengan sosej pun boring juga…”

Sesekali tu mak-mak memang kering idea nak masak apa lagi kan? Biasanya kalau hari cuti, kita pun kalau boleh nak masak special sikit untuk famili. Jadi, apa kata cuba resepi wantan goreng yang super simple ini. Cuma guna kulit popia, rasanya memang best.Rangup di luar dan juicy di dalam. Sesuai sangat untuk sarapan dan minum petang, buat kudap-kudap sambil tengok TV pun layan!

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara yang dikongsikan oleh Ckin Izz Ilfy ini. Katanya resepi ini beliau belajar daripada salah seorang pesakitnya yang merupakan seorang Cina Muslim. Anak-anak suka, ibu ayah adik abang pun semua cukup suka. Yalah, sesekali buat kelainan menu di rumah. Kalau asyik goreng nugget dan sosej pun bosan juga kan? Lagipun cara nak membuatnya pun mudah. Sebab itulah tergerak hati nak kongsikan resepinya di sini.

Berikut adalah bahan-bahannya. Semuanya yang senang cari.

BAHAN-BAHAN

  • isi ayam (1 mangkuk)
  • isi udang (1 mangkuk)
  • tepung jagung (3-4 sudu)
  • lada hitam
  • lada putih
  • gula
  • garam
  • kulit popia (saiz petak kecil)
  • tepung gandum (untuk gam kulit popia)

CARA-CARA

1. CINCANG ISI AYAM / UDANG

  • Mula-mula, cincang halus isi ayam dan udang. Selain ayam dan udang, boleh juga guna apa-apa inti lain yang berkenan di hati contohnya daging.

2. PERASAKAN INTI

  • Bila dah dicincang intinya tadi, masukkan 3-4 sudu tepung jagung. Kacau sebati.

  • Kemudian perasakan dengan garam, gula dan lada putih secukup rasa. Gaul rata kesemua bahan. Tak perlu tambah air ya.

3. BUBUH INTI

  • Seterusnya, kita buka kulit popia satu persatu dan sedia untuk membunjut! Caranya, letakkan adunan isi tadi di kulit popia seperti gambar. Letak banyak mana tu agak-agaklah. Jangan banyak sangat takut terburai bila digoreng. Jangan sikit sangat nanti tak sedap pula bila dimakan. Biar sedang-sedang, asalkan boleh dibunjut nanti.

4. BUNJUTKAN

  • Bila dah dibunjutkan, letak ‘gam’ di sekeliling adunan isi untuk pastikan bunjut ni tak terbuka.

  • Cara nak buat gam ni mudah saja. Bancuh tepung gandum dengan air sedikit sahaja supaya dapat adunan yang pekat.

  • Buat banyak-banyak sampai habis semua bahan tadi.

5. GORENG

  • Lepas dah siap bunjut, macam biasa kita panaskan kuali dan minyak masak.

  • Masukkan satu persatu ke dalam minyak yang sudah panas dan goreng dengan api sederhana. Bila dah agak keperangan, angkat dan toskan.

SO CRUNCHY AND TASTY!

  • Wah, siap dah wantan goreng kita. Macam inilah hasilnya. Dah siap untuk dihidang.

Simple sangat cara nak buatnya tadi kan. Tapi hasilnya cukup menyelerakan. So crunchy and tasty!

Cicah sos lagi sedap, makan pulak panas-panas…. Terliur dibuatnya kan?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *