Tanam Pokok Dalam Besen

Petani Muda Ini Tunjuk Cara Tanam Macam-macam Jenis Sayur Tanpa Perlu Siram Hari-Hari

Sebelum ni, Perkongsian mengenai cara tanam kangkung dengan hanya menggunkan tapis dan baldi sebagai pilihan mereka yang tak punya ruang tanah dan masa yang cukup merapi tanaman rupanya, banyak lagi jenis sayuran yang sesuai menggunkan sistem tanaman seperti ini.

Menurut perkongsian daripada Petani Muda di Facebooknya kebanyakkan tanaman sayuran jenis berdaun seperti sawi, salad, kailan daun sup, kobis dan pelbagai lagi boleh dibiakkan dengan menggunkan sistem fertigasi yang dibina dari tapis dan baldi ini

Sebelum ini, saya berjaya menanm pokok cili dengan menggunkan sistem yang sama namun kaedahnya sedikit berbeza-Petani Muda

Hal ini mungkin disebabkan oleh cili merupakan tanaman jenis berbatang keras dan mempunyai saiz pokok yang agak besar. Pun begitu, menurut Petani Muda, kaedah ini nampak macam mudah namun ramai yang membuat kesilapan hingga menyebabkan tanaman yang diusakan tak menjadi. Antara kesalahan yang kerap dilakukan adalah:

1. PEMILIHAN MEDIUM YANG SALAH

Untuk sistem tanaman ini, tanah merupakan medium yang tidak sesuai. Ia memerlukan medium yang berupaya memang kelembapan untuk tempuh yang lama seperti sabut kelapa

2. PENGGUNAAN BAJA

Kepekatan baja juga memainkan peranan yang penting. Untuk mendapatkan saiz dan hasil yang optimum, gunakan baja AB. “Macam saya 100% guna baja AB goncang”-Petani Muda

3. CAHAYA MATA HARI

WAJIB pastikan medium tidak kering. Oleh itu, pastikan bekas tanaman ini diletakkan di kawasan separa teduhan bagi mengelak kadar respirasi yang mendadak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *