Tanggal Sticker Road Tax

Cara Tanggalkan Stiker Road Tax Tanpa Tinggalkan Kesan Gam Pada Cermin Kereta

Siapa yang memiliki kereta pasti akan merungut tentang perkara ini. Setiap kali mahu menanggalkan stiker road tax untuk diganti baru pasti akan ada kesan gam yang tertinggal. Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.

Agar kesan gam ini tidak bertambah setiap kali menukar road tax dan anda tak stres melihat kesan tersebut, sebaiknya ikut cara yang dikongsi di media sosial ini. Ia terbukti berkesan menanggalkan stiker road tax dengan mudah!

1. Rendam kain dengan air panas.

2. Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul pada stiker road tax yang hendak ditanggalkan.

3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan stiker road tax berkenaan perlahan.

5. Dah siap! Stiker road tax tanggal dengan elok tanpa tinggalkan kesan gam.

Selamat Mencuba!

Sumber: FatinBella

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: