Stroke

Inilah 6 Cara Mudah Dan Terbaik Cegah Penyakit Stroke Dari Berlaku

Cara Terbaik Untuk Anda Cuba Mencegah Penyakit Stroke – Penyakit stroke boleh dikatakan antara pembunuh nombor satu lelaki di Malaysia. Pengamalan cara hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko penyakit tersebut dan langkah-langkah pencegahan juga penting untuk mengelakkannya dari terjadi. Ketahuilah kerana stroke ini adalah pembunuh yang tersembunyi.

Oleh itu di sini admin akan mengajak anda untuk membincangkan mengenai kes ini dan bagaimanakah cara yang sesuai untuk kita mencegahnya dari semakin parah. Dengan langkah pencegahan ini semoga risiko stroke juga boleh dikurangkan atau dihapuskan sekaligus.

1. HINDARI DAN HENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK

Kebiasaan ini boleh menjadi perkara utama yang menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan seterusnya bakal membuat darah anda menjadi mudah untuk menggumpal. Dengan terjadinya gumpalan itu maka anda akan lebih sukar untuk bernafas dan seterusnya boleh menyebabkan risiko berlakunya stroke

2. PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH SECARA RUTIN

Tekanan darah yang tinggi kadangkala boleh menjadikan pembuluh darah anda mengalami tekanan yang berlebihan. Dengan mengawal tekanan darah anda maka peluang anda untuk mendapat stroke akan semakin berkurangan. Walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala ketika ini, periksalah tekanan darah anda dengan secara teratur.

3. KENDALIKAN PENYAKIT JANTUNG DENGAN BIJAK

Kalau anda memiliki gejala atau gangguan jantung seperti degupan yang tidak teratur atau kadar kolesterol yang agak tinggi, maka berhati-hatilah kerana itu mungkin akan meningkatkan risiko untuk terjadinya stroke. Mintalah saranan doktor untik langkah pencegahan yang terbaik mahupun dari segi pemakanan dan perubatan.

4. MENGATASI DAN MENGENDALIKAN TEKANAN

Tekanan dan kemurungan dikatakan dapat mengganggu bahkan menimbulkan masalah yang sama seperti tekanan darah tinggi. Jika tidak diatasi dengan cara yang bijak, ianya boleh menimbulkan masalah untuk jangkamasa yang panjang. Kerana kedua-duanya boleh mengakibatkan meningkatnya tekanan darah dan seterusnya menimbulkan stroke.

5. MAKANLAH DENGAN SIHAT

Anda berkemungkinan sudah mendengarkannya berkali-kali, namun kepentingan pemakanan yang seimbang dan sihat boleh banyak membantu dalam mengurangkan risiko penyakit stroke. Hindarkan pengambilan daging merah kerana lemak di dalamnya membuatkan pembuluh darah mengeras. Pengambilan makanan berserat juga dapat mengurangkan lemak dalam darah.

6. BEROLAHRAGA DAN AKTIF

Melakukan senaman fizikal secara teratur juga membantu anda untuk menurunkan tekanan darah dan menciptakan keseimbangan lemak yang sihat dalam darah. Bukan sahaja itu ia juga boleh membantu anda dalam proses mengawal berat badan anda agar tidak menjadi obesiti. Kedua-duanya penting untuk mengawal gejala penyakit stroke.

Dengan mengenali tentang cara-cara untuk anda mencegah gejala yang menyebabkan penyakit stroke, diharapkan agar kita semua akan lebih berwaspada dan hati-hati dalam penjagaan rutin kehidupan seharian dengan selalu menjaga kesihatan. Semoga langkah pencegahan yang dikongsikan ini boleh membantu untuk menyelamatkan banyak nyawa. Semoga bermanfaat.

What is a Stroke? Animated Explanation Video

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: