Benjamin Mora Ready

Ceres vs JDT: Kami Akan Kekalkan Corak Menyerang – Benjamin Mora

Menjelang pertemuan kedua antara Ceres Negros FC dan JDT dalam Zonal semi-final Piala AFC, coach Mora akan menurunkan barisan terkuatnya. Import terbaru JDT, Mohamed Ghaddar tidak akan beraksi dalam Piala AFC sehinggalah JDT berjaya melepasi peringkat zonal final.

Berdasarkan perlawanan yang lepas, coach Mora tidak mahu anak buahnya berada dalam kedudukan selesa walaupun masih mendahului 3-2 dari segi aggreget. Pastinya pihak lawan akan lebih agresif untuk mencari gol seperti yang dilihatkan semasa perlawanan di Larkin tempoh hari.

Adakah gandingan serangan Cabrera, Hazwan dan Guerra akan kembali?

Coach Mora juga menuntut agar semua pemain yang diturunkan memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini. Barisan serangan perlu lebih tajam dan menyempurnakan setiap peluang yang ada untuk menghasilkan jaringan.

Kami tidak akan mengambil risiko untuk bertahan melihatkan pasukan lawan juga berpeluang untuk mengagalkan usaha kami semua. Kita juga mengharapkan agar JDT berjaya melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Baca juga: 20 Pemain JDT Selamat Tiba di Filipina Untuk Menghadapi Ceres Negros FC

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: