Petrol

Bila Ada Yang Degil Merokok Di Stesen Minyak, Anda Boleh Cuba Cara Ni

TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004.

  1. di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
  2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
  3. Di dalam lif atau tandas awam.
  4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
  5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
  6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22.
  7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
  8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
  9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
  10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
  11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
  12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
  13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan Pos Malaysia Bhd.
  14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
  15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
  16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
  17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
  18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
  19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
  20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
  21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.

VIDEO:

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: