Exco Johor

EXCO Johor Angkat Sumpah

Seramai 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Majlis Istiadat Pengisytiharan Menteri Besar dan EXCO di Dewan Singgahsana Istana Besar di sini hari ini.

Mendahului senarai ialah Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang memegang porfolio Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor, Aminolhuda Hassan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Dzukefly Ahmad menerajui Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar.

[AdSense-B]

ADUN Skudai, Tan Hong Pin dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi manakala ADUN Bekok, Dr S Ramakrishnan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan.

ADUN Puteri Wang, Mazlan Bujang dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan manakala ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Utiliti.

Selain itu ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan manakala ADUN Semerah, Khuzzan Abu Bakar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan.

[AdSense-B]

ADUN PKR, Dr Sahruddin Jamal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian dan ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif.

Sementara itu Sultan Johor dalam titah pada majlis itu mengingatkan kepemimpinan baharu kerajaan negeri Johor supaya memikul amanah serta tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan rakyat.

“Janji yang ditaburkan pada pilihan raya lalu perlu ditunaikan, di samping memastikan pentadbiran telus.

“Kerajaan negeri mestilah bertindak mengikut prosedur, peraturan dan undang-undang,” titah baginda.

Sultan Johor bertitah, baginda akan meneliti setiap tindakan dan keputusan kerajaan negeri di samping memberi nasihat, teguran serta pandangan untuk memastikan kepentingan rakyat dan negeri dijaga.

[AdSense-B]

“Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengkhianati negeri dan rakyat saya atau cuba menghancurkan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup Bangsa Johor,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan barisan EXCO yang dipilih supaya memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Menteri Besar.

“Jika ada Ahli EXCO gagal melaksanakan tanggungjawab, saya harap Menteri Besar tahu bagaimana untuk menyelesaikannya,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, jawatan yang disandang bukan untuk mencari kemewahan atau ‘mengkayakan’ ahli parti, sebaliknya perlu menjalankan perkhidmatan dengan penuh integriti, dedikasi, adil dan saksama.

Senarai Exco Johor

  • Datuk Osman Sapian: Menteri Besar Johor & Pengerusi Jawatankuasa HasilBumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi Johor
  • Aminolhuda Hassan – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan
  • Dzulkefly Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar
  • Tan Hong Pin – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi
  • Dr s Ramakrishnan – Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia Dan Perpaduan
  • Mazlan Bujang – Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Dan Pengangkutan
  • Jimmy Puah Wee Tse – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Dan Utiliti
  • Liow Cai Tung – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan
  • Mohd Khuzzan Abu Bakar – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Kebudayaan
  • Dr Sahruddin Jamal- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian
  • Sheikh ‘Umar Bagharib Ali – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif

Sumber: Berita Harian

Baca juga: JDT Perlu Kemas Benteng Pertahanan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: