Farizal Dan Benjamin Mora

Farizal Digantung 12 Bulan Serta Denda, Mora Hanya Didenda

Gara-gara kerana kelakuan ganas ketika perlawanan separuh akhir Zonal Asean menentang pasukan Ceres Negros bulan lalu, penjaga gol JDT Farizal Marlias diperintahkan untuk menjalani hukuman penggantungan perlawanan selama dua belas (12) bulan kerana melanggar Perkara 47.1.2 dibaca dengan Perkara 49.1.2 dan Perkara 50.1 kod Kanun Tatatertib AFC.

Penggantungan ini termasuk satu (1) perlawanan penggantungan automatik dari perlawanan Ceres Negros FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim pada 31 Mei 2017.

Dua belas (12) bulan penggantungan perlawanan termasuk seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi. Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini disampaikan (9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018).

Farizal gagal Mengawal Emosi Diakhir Perlawanan

farizal_marlias

Bulan lalu, JDT gagal mara ke perlawanan akhir Zonal Asean apabila tewas kepada kelab filipina, Ceres Negros melalui jaringan penalti di minit akhir. Walaupun kedudukan agregat terikat 4-4 tetapi Ceres layak ke final peringkat Zonal Asean bertemu pasukan dari Singapore, Home United melalui peraturan gol di tempat lawan.

Ceres berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui jaringan Kota Kawase di minit 26 dan seterusnya menyamakan kedudukan kepada 3-3 dari segi aggregat. Selepas separuh masa kedua bermula, Gabriel Guerra berjaya menyamakan kedudukan di minit 65 sekaligus menyaksikan JDT mendahului dari segi agregat, 4-3.

Perlawanan agak tegang di minit akhir apabila Farizal Marlias dilayangkan kad merah kerana disyaki mengasari pemain lawan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Ceres. Pemain Ceres Negros FC, Rodriguez berjaya memanfaatkan peluang ini untuk membawa Ceres layak ke peringkat final zonal Asean buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Filipina.

Insiden Farizal Marlias mengamuk ketika minit akhir perlawanan sehingga menolak pengadil perlawanan Farizal didenda RM170,000 manakala Benjamin Mora didenda RM30,000. Farizal Marlias turut diperintahkan membayar denda sebanyak USD40,000 ( sekitar RM170,000) mengikut Perkara 49.2 Kod tatatertib AFC.

Denda itu hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini disampaikan mengikut Perkara 11.3 Kod. Beliau turut diberitahu jika kesalahan ini masih berulang, beliau akan menempuh hukuman yang lebih berat.

Benjamin Mora Turut Didenda

Selain itu, Benjamin Mora turut diperintahkan membayar denda sebanyak USD 7000 (RM30,000) kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dan Etika AFC. Benjamin Mora didenda kerana menggunakan kata-kata yang tidak sesuai kepada pegawai pertandingan selepas tamat perlawanan.

Denda itu hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini disampaikan mengikut Perkara 11.3 Kod Tatatertib AFC. Beliau turut diberitahu jika kesalahan ini masih berulang, beliau akan menempuh hukuman yang lebih berat.

Sumber: Football Tribe. Senarai penuh hukuman disini.

Baca juga: Video: Natxo Insa di Levante UD, Guard Of Honour, Penampilan Dan Gol Terakhir

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: