Farizal Marlias Selepas Digantung

Farizal Makin Selesa Sebagai Benteng Terakhir JDT

Sejak bebas daripada penggantungan lapan bulan, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias, memberi isyarat untuk kembali memegang status penjaga gol nombor satu skuad Harimau Selatan menerusi aksi cemerlangnya Sabtu lalu.

Farizal memainkan watak penting ketika JDT bertandang ke Kuala Terengganu, termasuk menafikan percubaan terbaik penyerang Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche, dalam kemenangan 1-0 dalam Liga Super.

[AdSense-B]

“Syabas kepada semua pemain yang bekerja keras untuk kami memungut tiga mata di tempat lawan,” katanya.

JDT tidak dibolosi dalam dua aksi terakhir dan perkembangan sihat itu turut melegakan Farizal sambil mengakui masih ada beberapa kepincangan yang perlu diperbaiki.

“Kami mempunyai jadual yang sangat padat. JDT akan melakukan penggiliran pemain dan mana-mana pemain perlu bersedia untuk diturunkan.

“Saya amat berpuas hati dengan komitmen semua pemain dan kami akan memperbaiki kelemahan-kelemahan kecil.

[AdSense-B]

“Saya harap kami dapat pulih untuk menghadapi perlawanan akan datang,” ujarnya menjelang aksi Piala FA dengan UiTM FC, Sabtu ini.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Penyakit Baharu TMJ Nak ‘Membazir’

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: