Final Piala Malaysia 2017 Cover

Final Blokbuster Piala Malaysia, JDT vs Kedah

 

KEJAYAAN penyandang juara Kedah dan juara empat kali Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pentas akhir Piala Malaysia, menyalakan lagi kemeriahan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pertembungan dua jagoan itu di Stadium Shah Alam 4 November depan, layak dianggap sebagai final impian.

Bagi Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof pertemuan dengan skuad Harimau Selatan bukan sahaja ditunggu-tunggu anak buahnya, malah ia juga sebuah perlawanan yang mahu disaksikan segenap peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.

[AdSense-B]

Menurutnya, pentas akhir itu nanti bukan sahaja menampilkan barisan pemain tempatan dan import berkualiti, malah ia juga medan bagi membuktikan pasukan manakah yang mempunyai taktikal terbaik.

“Kita bermula dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih pada musim ini dengan bertemu JDT dan nampaknya Kedah sekali lagi akan berdepan pasukan tersebut pada perlawanan penutup Liga-M iaitu final Piala Malaysia,” katanya.

Mengulas kejayaan pasukannya mara ke final buat kali ketiga berturut-turut, Mohd Nidzam Adzha berkata, beliau terharu dengan kesungguhan semua pemainnya walaupun gagal menurunkan tiga tonggak utama akibat kecederaan dan penggantungan satu perlawanan.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman kelmarin, Sandro Da Silva meledak dua gol bantu Lang Merah mara ke pentas akhir dengan agregat 3-1.

[AdSense-B]

“Tahniah buat semua pemain Kedah kerana mampu membuktikan pasukan masih mampu bersaing walaupun tidak menurunkan semua tonggak utama, malah ada di antara mereka masih cedera namun masih mampu berjuang sehingga 90 minit perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, barisan pemain muda seperti Syafiq Ahmad, Farhan Roslan dan Syawal Nordin berjaya membantu pasukan dengan baik apabila mengisi kekosongan ditinggalkan ketua pasukan, Khairul Helmi Johari, Liridon Krasniqi dan Ken Ilso Larsen.

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 kad merah

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: VIDEO: Anak Gabriel Guerra Menyanyikan Lagu Negaraku

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: