Kevin 190218

FMLLP Nafi Sekat Laluan Pasukan Selain JDT

Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menegaskan tidak wujud sebarang unsur untuk menggagalkan mana-mana pasukan selepas pendahulu Liga Super, PKNS FC, diumum antara pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran Liga Malaysia musim 2018.

Petang tadi, FMLLP mengumumkan senarai empat pasukan yang gagal dan lewat menghantar dokumen berkaitan deklarasi gaji pemain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi melengkapkan pendaftaran pasukan.

Tatkala Kelantan dan Kuala Lumpur merupakan dua pasukan yang gagal atau menghantar dokumen yang tidak betul, Selangor dan PKNS FC pula membabitkan masalah kelewatan.

Sudah pasti, pengumuman membabitkan skuad Semut Merah itu paling mencuri tumpuan memandangkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu sedang mendahului liga selepas tiga perlawanan.

“Jika dilihat pengumuman yang dilakukan ini melibatkan pasukan yang berada di kelompok bawah, tengah dan atas liga, jadi tidak wujud unsur-unsur untuk menggagalkan mana-mana skuad.

jdt vs persija jakarta

“Banyak spekulasi menyifatkan pengumuman ini melibatkan pasukan yang berada dalam kelompok empat teratas selain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan ia tidak benar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam.

Dalam masa sama, turut diumumkan pasukan yang gagal berbuat demikian adalah enam pasukan daripada Liga Perdana.

Ia menyaksikan Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM yang masih tidak melengkapkan dokumen pendaftaran manakala MISC-MIFA dan UKM FC lewat menghantar dokumen berkaitan.

Bagaimanapun, FMLLP belum memutuskan sebarang hukuman terhadap semua pasukan yang terbabit dan sebarang tindakan akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah FMLLP awal bulan depan.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Pintu Stadium Ditutup, Penyokong Perlu Datang Awal

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: