JDT Juara Liga Super 2017 4 Kali

Fokus JDT Beralih Kepada Piala Malaysia Dan Mempertahankan Rekod Kebal Larkin

JUARA bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengalihkan fokus kepada usaha untuk memenangi Piala Malaysia buat pertama kali selepas mengekalkan kejuaraan Liga Super bagi musim keempat berturut-turut.

Ketua jurulatih JDT Ulisses Morais berkata kemenangan yang menaikkan moral itu mendorong  pemain untuk mencipta kemenangan serupa dalam kempen Piala Malaysia pula.

[AdSense-B]

“Kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan pemain dan kami berharap dapat bermain cemerlang dan jika boleh, memenangai Piala Malaysia yang merupakan satu lagi pertandingan penting buat kami,” kata Morais pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium  Selayang di sini malam tadi.

morais t-team

Walaupun mereka tewas 1-2 kepada Selangor, JDT tetap muncul sebagai johan Liga Super dengan kelebihan 11 mata mengatasi seteru mereka, Kedah, dengan tiga perlawanan masih berbaki.

Selain itu, JDT akan berusaha untuk menjadikan Stadium Larkin terus kebal sepanjang musim ini. Untuk rekod, JDT boleh mencatatkan rekod tanpa kalah di Larkin untuk dua musim berturut-turut dalam semua kejohanan jika mampu mengelak kekalahan pada baki perlawanan musim ini.

[AdSense-B]

Morais berkata, “Sekalipun kami telah memenangi kejuaraan Liga Super, pemain tidak akan  bermain  sambil lewa dalam tiga perlawanan itu, kerana perlawanan tersebut adalah juga penting.” –Bernama

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Jasa Benjamin Mora Jangan Dilupakan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: