Hafizul Keeper Perak

Hafizul Yakin JDT Bukan Kebal

 

Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy percaya peluang untuk pasukannya ke final Piala Malaysia masih terbuka luas biarpun terpaksa mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam esok.

Hafizul berkata, biarpun JDT memiliki sedikit kelebihan selepas terikat 1-1 pada aksi pertama di Ipoh, Ahad lalu, ia sama sekali tidak mematahkan semangat pemain The Bos Gaurus untuk berjuang di Larkin.

[AdSense-B]

“Memang JDT mempunyai kelebihan termasuk bekalan satu gol dan akan beraksi di gelanggang sendiri, tapi saya yakin kami juga mampu melakar kejutan.

“Kami beraksi dengan baik pada separuh akhir pertama dan jika semua pemain dapat mengekalkan semangat juang yang tinggi, impian untuk Perak ke final boleh direalisasikan.

hafizul hakim

Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam of Perak reacts during 2016 Malaysia Super League match between Perak and Terengganu at Stadium Perak on 23 Julyl 2016.
Photo by Zulkifly Abdul Hamid / www.asiana.my

“JDT pasukan yang kuat, tapi kami juga ada kekuatan sendiri. Dalam bola sepak, selagi belum tamat permainan sebenar, peluang untuk kami tetap ada,” katanya.

Hafizul yang menyertai Perak sejak musim lalu belum merangkul sebarang kejuaraan bersama The Bos Gaurus, namun prestasinya semakin meningkat dan menjadi antara penjaga gol terbaik Malaysia ketika ini.

[AdSense-B]

Berdasarkan rekod, Perak sudah tujuh kali muncul juara Piala Malaysia dan kali terakhir mereka merangkul piala berprestij itu 17 tahun lalu selepas menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan di final.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Jamal Berfikiran Sempit, Usah Salahkan Johor DT – Kevin Ramalingam

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: