Hazwan

Highlight: JDT 3 Ceres FC 2, Bekalan Tipis dibawa ke Filipina

JDT belum lagi selesa untuk mara ke Zonal Final apabila menang tipis 3-2 mengatasi Ceres Negros FC sebentar tadi dalam separuh akhir Zonal pertama. Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Panaad, Bacolod City pada 31 Mei nanti dan akan menjadi penentunya.

Separuh Masa Pertama

Tempoh 15 pertama nampaknya seimbang dengan masing-masing belum berjaya melakukan percubaan berbahaya dan hanya berlegar di kawasan tengah padang. Pada minit ke-17, Gonzalo Cabrera berjaya menjaringkan gol pertama JDT hasil bola umpanan Gabriel Guerra.

Cabrera bijak menewaskan dua pertahanan lawan sebelum merembat bola leret ke penjuru kiri gol Ceres Negros FC. Namun, jaringan tersebut tidak bertahan lama selepas Ceres berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Fernando Rodriguez hasil bola lintang Iain Ramsey.

Pelawat menambah derita JDT apabila menambah jaringan pada minit ke-25 hasil rembatan kencang Bienvenido Maranon dari luar penalti yang tepat menuju ke penjuru kanan gol. Namun, pemain JDT terus mengandakan asakan dan usaha itu berhasil pada minit ke-44 selepas hantaran lintang Fazly Mazlan ditanduk kemas oleh Safiq Rahim.

Separuh Masa Kedua

Selepas wisel separuh masa kedua dibunyikan, kedua-dua pasukan merancang serangan masing-masing untuk mencari lagi gol seterusnya. Pada minit ke-68, serangan balas JDT membuahkan hasil apabila Hazwan Bakri bertidak memusingkan badan dan merembat bola leret. Bola tersebut terbias apabila terkena kaki pemain Ceres dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol.

Sehingga tamat permainan, keputusan terus kekal dengan JDT 3 dan Ceres Negro FC 2. Satu perlawanan yang mendebarkan dan perhitungan akan diteruskan pada perlawanan kedua.

Video Highlight:

Baca: Previu: Ceres Negros FC vs JDT, Zonal semi-final perlawanan pertama, bekalan selesa perlu dicari

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: