Melaka United Vs Jdt

Highlight: Melaka 1 JDT 1, Safiq Rahim memintas rekod Diaz

Perlawanan Liga Super pertama pusingan kedua antara pasukan Melaka dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung pada 6hb Mei 2017 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Perlawanan separuh masa pertama didominasi oleh pasukan JDT selaku pasukan pelawat namun tiada sebarang jaringan direkodkan.

Namun begitu, gawang pasukan tuan rumah benar-benar diuji apabila dua percubaan mengenai palang dan mereka bernasib baik apabila hampir tiga percubaan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.

Safiq Rahim penjaring terbanyak JDT

Separuh masa kedua menyaksikan asakan semakin berterusan dalam pencarian gol buat kedua-dua pasukan. Penantian Safiq Rahim untuk memecahkan rekod pemain JDT paling banyak menjaringkan gol sejak 2013 hadir pada minit ke-59 melalui sepakan percuma yang diambil oleh beliau sendiri.

Safiq Rahim penjaring terbanyak jdt

Pasukan tuan rumah berusaha bangkit mencari gol penyamaan namun perlu menunggu hingga minit ke-87 melalui rembatan Jeon Woo Young.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1 namun JDT masih kekal selaku pendahulu liga.

Video Highlight:

Baca juga: Previu Liga Super 2017: JDT mahu kekal ‘Raja’, Melaka United mahu elak aib

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: