Blackhead Pil Arang 678×381

Cara Hilangkan Blackhead Dengan Masker Pil Arang, Boleh Cuba Sangat Mudah Kos Murah

Cantik dengan arang! Mungkin ada yang masih belum mengetahui fungsi arang dalam penjagaan kulit wajah. Dikatakan arang adalah bahan aktif yang mempunyai pelbagai kelebihan dan ia digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan berikutan keupayaannya menyingkirkan kotoran pada kulit.

Jadi apa kata kali ini kita sediakan masker menggunakan arang untuk membantu tanggalkan blackhead. Bagaimana caranya? Jom pelajarinya melalui perkongsian dari Aisyah Badar Bajrai yang mana memang suka berkongsi petua kecantikan di media sosial.

TIPS HILANGKAN BLACKHEAD DEGIL DENGAN PIL ARANG

Korang biasa tak beli masker arang tuk buang blackhead. Alaa yang nanti sapu kat hidung, bila dah kering kita tarik. Nanti blackhead dengan whitehead kat hidung pun ikut tertarik sekali. Masker tu memang best tau sebab nampak blackhead keluar. Nanti hidung rasa bersih jek.

Jadi hari ni Aisyah nak ajar cara buat masker arang tu. Kita guna pil arang empat hinggit tu jek. Serious Aisyah tak tipu, masker ni memang 200% berkesan tuk hilangkan blackhead.

Memula anak sedara Aisyah tak percaya masker arang buat sendiri ni lagi best dari yang beli kat kedai. Sekali bila Aisyah buatkan dia, ehhhh banyak nya blackhead tanggal.

Dia terus excited nak buat sendiri kat rumah. Ye laaa, camana tak excited, hidung terus licin, sampaikan cucu blackhead pun hilang. Masker ni nampak jek macam leceh nak buat, padehal dia guna 4 bahan jek. Yang lagi best, tiga tiga bahan tu murah giler. Ok jom tengok cara buat masker blackhead ni.

MASKER HILANGKAN BLACKHEAD

Bahan-bahan:

  • 1 sdk serbuk arang / aisyah guna 4 tablet activated charcoal (tumbuk sampai halus)
  • 1 sdk gelatin halal
  • 2 sdk air panas
  • Tisu

Cara caranya:

  • Memula korang wajib steam muka dengan air panas supaya pori pori terbukak. Aisyah campurkan air panas dengan air sejuk sikit, pastu amik kain tekap kat hidung.
  • Buat 3-4 kali gitu. Korang jangan guna air panas mendidih pulak, melecur kulit nanti.

  • Campurkan semua bahan bahan masker arang ni. Pastu kacau rata-rata.

  • Bila dah rata, korang sapukan kat hidung yang kita dah steam dengan air panas tadi.

  • Lepas dah sapu kat hidung, korang letak tisu kat tempat masker tu. Kita letak tisu supaya masker cepat kering. Nanti nak tarik pun lagi senang tau.
  • Ok, lepas dah letak tisu tu, korang biarkan dia kering betul betul dalam 20-30 minit. Pastu baru tarik. Haaa, masa ni nanti korang nampak la semua atok nenek blackhead dengan whitehead.
  • Lepas basuh muka, wajib sapu ice kiub kat muka supaya pori pori muka yang terbukak tadi, kita tutup balik.

“Haaa, gitu jekk cara buat dia. Senang jek kan. Nampak jek step berderet, padehal kacang goreng jek cara buat masker blackhead ni. Besok sah boleh la korang buat masker blackhead ni. Alang alang tengah cuti ni, boleh la buat.”–Aisyah Badar Bajrai


Ini rupanya selepas masker ditanggalkan daripada wajah. Boleh lihat blackhead melekat di situ. Dan pastinya bila ini yang berlaku, kita akan puas hati kerana wajah akan terasa lebih licin dan bersih.

Semoga perkongsian ini bermanfaat..Selamat mencuba! Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *