Nazmi Faiz Mansor Vs Pahang

Hukuman Nazmi Faiz ditambah, gantung satu perlawanan

Sebentar tadi, pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM telah menambah hukuman keatas pemain JDT iaitu Nazmi Faiz Mansor. Selain denda RM3,000 yang telah ditetapkan sebelum ini, Nazmi Faiz akan digantung satu perlawanan Liga Super kerana JDT sudah tidak bermain dalam Piala FA.

[AdSense-B]

Datuk Baljit Singh Sidhu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan hukuman ini selepas membuat penilaian semula dan meneliti rakaman video secara terperinci. Mereka dapati Nazmi ada melakukan kekasaran pada pemain lawan.

nazmi faiz

[AdSense-B]

Hukuman gantung satu perlawanan

Pengantungan ini akan dilaksanakan pada perlawanan Liga Super Melaka menentang JDT pada 6 Mei 2017. Dengan ini JDT akan kehilangan khidmat Afiq dan juga Nazmi bagi menghadapi Melaka United.

Baca juga: Selain didenda, Afiq digantung dan Nazmi diberi amaran keras

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: