Ijazah Ini Hadiah Untuk Ayah Saya Anak Gadis Allahyarham Mr Os Kini Bergelar Doktor 5c5f9387ca2d2 678×381

Ijazah Ini Hadiah Untuk Ayah Saya. Anak Gadis Allahyarham Mr. Os Kini Bergelar Doktor

Anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham Mr. Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid iaitu Syafiqa Hayra, 26, berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Berkata kepada Harian Metro baru-baru ini, Syafiqa memberitahu bahawa kejayaan yang dikecapi itu didedikasikan kepada arw4h ayahnya yang telah banyak memberikan sokongan.

“Jujurnya, dalam kegembiraan yang dikecapi atas pencapaian hari ini, sebenarnya saya turut bersedih kerana arw4h ayah tidak sempat melihat kejayaan saya.

“Ijazah ini hadiah untuk arw4h ayah. Alhamdulillah, kejayaan ini amat besar maknanya dan terima kasih kepada arw4h yang sering memberi semangat untuk meneruskan cita-cita.

“Arw4h selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang berbakti kepada masyarakat kerana Allah,” ujarnya berkongsi cerita.

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir dengan keputusan cemerlang pada Januari lalu. Mr. Os menlnggal dunia di Hospital Selayang pada 8 April 2016 akibat menderlta kans3r paru-paru.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Syafiqa Hayra

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: