JDT U14 13 Saint George City FA 3, Kembalinya Bekas Pemain Yang Telah Berkhidmat Di Johor

Info Akademi: JDT U14 13 Saint George City FA 3, Kembalinya Bekas Pemain Yang Berkhidmat Di Johor

Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kehadiran pasukan Australia B14 iaitu Saint George City FA untuk perlawanan persahabatan di Stadium Pasir Gudang petang tadi.

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik untuk para pemain dan jurulatih Akademi JDT untuk menguji diri mereka bersaing dengan lawan yang bertaraf antarabangsa.

[AdSense-B]

Ketua jurulatih dan pembantu pernah bermain di Johor FC

abas saad

Pasukan Saint George FC dibimbing oleh tenaga pengajar yang pernah berkhidmat di Johor di mana Ketua Jurulatih, Aytec Genk bermain untuk Johor Football Club (JFC) dari 1994-1998 manakala pembantunya Mirko Jurilj juga bermain untuk JFC pada tahun 1994, 1995 dan 1998.

Abbas Saad, bekas rakan sepasukan Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards dan Jurulatih JDT III Ervin Boban sewaktu bermain bersama dalam Liga Johor dan membantu memenangi Piala Malaysia 1991 juga merupakan sebahagian daripada pasukan kejurulatihan Saint George.

[AdSense-B]

Anak Abbas Saad

Anak lelaki Abbas, Malek Saad turut bermain dalam perlawanan ini dan menjadi pemain terbaik untuk pasukannya di Saint George.

Perlawanan berkualiti tinggi dipamerkan dengan semangat yang cukup baik dan selepas itu, para pemain, jurulatih dan para ibu bapa pasukan Saint George dibawa melihat sekitar kemudahan dan fasiliti JDT, JDT II serta Stadium Tan Sri Dato ‘Haji Hassan Yunos, Larkin.

Keputusan perlawanan persahabatan:

JDT U14 [13] – [3] SAINT GEORGE CITY FA

Baca juga: Fadhli, Fazly, Afiq Dan Junior Menyambung Kontrak Bersama JDT Musim Hadapan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: