Menabung

Ini 7 Cara Menabung Yang Boleh Anda Guna Untuk Simpan Duit Dengan Mudah

Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa akan datang. Disebabkan itu, sedari kecil kita sering digalakkan untuk menabung oleh ibu bapa. Pun begitu, apabila sudah meningkat dewasa, ramai yang susah untuk mengamalkannya.

Pelbagai komitmen dan keperluan yang harus dilangsaikan membuatkan ramai orang tidak mampu untuk meneruskan aktiviti menyimpan wang ini. Perlukan komitmen dan ketekunan yang tinggi, ramai merasakan amalan menabung adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilaksanakan. Oleh itu, ini kami senaraikan cara-cara menabung yang mungkin sesuai untuk anda!

1. Cara Simpanan Guna Duit Syiling

Cara simpanan duit yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hariz Jamaludin ini mudah sahaja. Tak perlu susah-susah cari tabung untuk simpan duit, Hariz hanya guna botol air mineral 1.5 liter sahaja. Perkara paling penting dalam tips yang dikongsikan Hariz adalah jangan sesekali menggunakan duit syiling. Jika anda rasa simpan duit syiling lambat dapat dilihat hasilnya, baca entri yang dikongsikan Haris tersebut.

Gambar hiasan

2. Cara Simpanan Guna Duit RM1 dan RM5

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook yang telah berkongsi entri cara menabungnya dalam bahasa Cina, Khangwei memberitahu bahawa dia hanya menggunakan RM1 dan RM5 sahaja untuk menabung setiap hari. Jika tidak ada RM1 dan RM5, gunakan RM10.

Sumber: Moretify

3. Cara Simpanan Guna Duit RM5 dan RM20

Jika anda rasa duit syiling mahupun duit RM1 itu terlalu sedikit untuk disimpan, anda boleh gunakan cara ni. Menurut perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Faiz, dia memilih untuk menyimpan wang bernilai RM5 dan RM20. Katanya, ‘haram’ baginya untuk menggunakan wang hijau dan kuning tersebut. Baca cara Faiz menyimpan wang dengan lebih lanjut di sini.

Gambar hiasan

4. Cara Simpanan Guna Duit RM20

Seorang ibu bernama Aminahtul Marrdiah telah berkongsi caranya menyimpan wang menggunakan wang RM20 di laman Facebook. Jika nampak wang RM20, Aminahtul berkata bahawa dia pasti menyimpan wang tersebut. Baca bagaimana Aminahtul berjaya simpan RM12,600 dalam masa setahun di entri tersebut.

Sumber: Facebook

5. Cara Simpanan Guna Tabung Besi

Baru-baru ini, tular di laman Twitter kisah seorang wanita bernama Farihan Baharudin yang berjaya menabung hampir RM12,000 dalam masa setahun. Hanya guna tabung besi yang berharga RM7.50, Farihan tidak ada sebarang syarat untuk nilai wang yang perlu disimpan setiap hari. Apa yang penting, pastikan anda simpan wang setiap hari. Baca di sini jika anda mahu simpan wang seperti Farihan.

Sumber: Twitter

6. Simpanan Duit Syiling Dalam Bekas Roti

Mengguna bekas roti untuk menyimpan wang syiling selama dua tahun tanpa disentuh, sepasang suami isteri telah berjaya mengumpul wang bernilai RM13,015 hanya dalam masa dua tahun! Pasangan itu juga telah berjaya membeli motosikal Kawasaki idaman mereka dengan wang tersebut.

7. Cara Simpan Duit Untuk Gaji RM1500

Cara ni memang tersangatlah mudah. Tidak perlu fikir berapa banyak nilai perlu disimpan setiap hari, seorang wanita bernama Marlia Ramli berkongsi tips yang digunakan untuk menyimpan wang sewaktu gajinya RM1500 ketika itu. Hanya perlu simpan RM250 sebulan, cara Marlia boleh dipraktikkan untuk individu yang sering terlupa nak simpan duit setiap hari.

Sumber: Facebook

Waaah, mudah sebenarnya nak menabung. Anda dah jumpa cara yang paling sesuai untuk anda?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: