1

Ini Resepi Telur Bungkus Yang Sedap & Simple, Bahan-Bahan Pun Mudah Jer

“Anak aku yang sorang ni asal makan luar je nak order telur bungkus. Suka sangat dengan menu tu. Agaknya kalau aku cuba buat sendiri di rumah, mesti dia suka. Susah tak agaknya ye?”

Bagi anda yang biasa makan di warung, inilah antara menu popular yang sangat membuka selera. Mesti ramai yang tak biasa masak lauk ini di rumah, kan?

Sebenarnya, cara buat lauk telur bungkus ini tidaklah susah. Bahan yang digunakan selalunya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang kerap memasak di rumah.

Jadi, apa kata tukar selera dan cuba resepi yang disumbangkan oleh Puan Azrina Ien ini. Menurutnya, inilah juga lauk favourite suaminya. Memang cukup menyelerakan. Tak payah masak lauk lain lagi pun dah cukup sedap dimakan dengan nasi.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • Ayam – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • Bawang besar – cincang
  • 3 batang cilipadi
  • Carrot – potong dadu
  • Tomato  potong dadu
  • Bunga kobis  potong dadu
  • Kacang panjang
  • Cendawan shitake
  • Sos tiram
  • Sos tomato

*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing. 

Cara Buat Inti Telur Bungkus

1. Tumis

  • Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.

2. Masukkan Ayam & Sos

  • Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.

3. Masukkan Semua Sayuran & Cili

  • Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.

Cara Bungkus Dengan Telur

  1. Masak Telur- Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sebati. Masak telur macam buat telur dadar.Lenggangkan sedikit kuali untuk buat telur yang nipis.
  2. Letakkan Inti- Bila telur dah separuh masak, ambil inti yang telah siap dan letak di atas telur tadi. Kemudian, bungkus telur perlahan-lahan.
  3. Telangkupkan Pinggan-Masa nak angkat, telangkupkan pinggan ke atas telur yang dah dibungkus tadi.  Maksudnya, sebelah tangan tahan pinggan dan sebelah lagi terbalikkan kuali. Bahagian yang dilipat / dibungkus tadi akan berada di sebelah bawah.
  4. Siap Dihidang-Ok bila dah siap, bolehlah taburkan bawang goreng atau letakkan sos cili. Hidangkan juga dengan hirisan timun atau tomato. Macam dekat warung tu!

MUDAHNYA!

Wah, mudah betul cara membuatnya. Rasanya tak sampai 15 minit boleh siap ni. Part bungkus telur tu mungkin kenalah hati-hati sikit kalau tak biasa. Apapun, anda di rumah kenalah mencubanya ya. Sedap tau!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *