Inilah 5 Khasiat Air Halba,Lepas Ni Boleh Amalkan Setiap Pagi
“Ramai orang cakap minum teh halba boleh kurus? Ye ke? Apa benda halba ni sebenarnya?”
Malaysia memang kaya dengan rempah ratus. Antara yang popular adalah rempah 4 sekawan seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga. Lain-lain yang kita mungkin pernah dengar macam ketumbar, jintan dan lada hitam.
Namun rempah yang satu ini mungkin tak biasa kita gunakan dalam masakan harian. Fenugreek (bahasa Inggeris) dengan nama saintifiknya trigonella foenum-graecum atau halba adalah sejenis rempah yang berbentuk butiran kecil berwarna coklat. Kalau dalam masakan Melayu, ia biasanya boleh kita jumpa dalam nasi dagang Terengganu.
Halba lebih popular dalam masakan negara Timur Tengah dan juga negara seperti India, Pakistan dan Sri Lanka. Mungkin ramai tak perasan, sebenarnya halba selalu berada sekali dalam tempat rempah di rak-rak pasaraya. Ia memang amat mudah didapati di Malaysia.
Ia boleh diminum sebagai teh atau direndam semalaman. Baru-baru ini ramai yang viralkan kebaikan air halba. Kalau nak tahu, ada banyak kebaikan halba kepada tubuh.
1. MEMBANYAKKAN SUSU IBU
Teh halba boleh menjadi alternatif semulajadi yang terbaik sebagai pengganti suplemen untuk meningkatkan produksi susu ibu. Menurut HealthLine.com, beberapa kajian saintifik telah membuktikannya secara spesifik.
Dalam salah satu kajian tersebut, hasil susu perahan didapati bertambah daripada 1.15 oz kepada 2.47 oz apabila meminum teh halba ini.
2. IMMUNITY BOOSTER
Dari segi nutrisinya, biji halba ini mempunyai kandungan serat dan mineral yang baik seperti zat besi dan magnesium. Oleh sebab itu, air halba dipercayai memiliki khasiat untuk meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan tubuh. Jadi, ia elok diamalkan oleh mereka yang sering diserang demam, batuk dan selesema.
3. MENURUNKAN BACAAN GULA DALAM DARAH
Menurut laman web kesihatan WebMD pula, halba didapati dapat memperlahankan penyerapan gula dalam perut dan menstimulasikan penghasilan insulin.
Ini tentunya berita baik buat penderta diabetes, bukan? Tak salah mencubanya dalam kuantiti kecil setiap hari sebagai ikhtiar mengurangkan bacaan gula dalam darah.
3. MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT
Bagi wanita yang sering mengalami senggugut setiap kali datang bulan, pengambilan air teh halba amat digalakkan dan boleh mengurangkan penggunaan ubat-ubatan.
Pakar mengesyorkan, ia boleh diambil sekitar 1800mg-2700mg dalam 3 kali sehari dalam 3 hari pertama, diikuti dengan 900mg dalam 3 hari berikutnya.
4. MERAMPINGKAN BADAN
Menurut Food NDTV, meminum air halba dengan perut kosong setiap pagi adalah cara yang baik untuk meningkatkan metabolisme. Ini kerana ia akan menghasilkan haba dalam badan dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan.
Terdapat juga kajian yang mengaitkan pengambilannya dengan selera yang lebih terkawal.