Fucuk Soya

Inilah Cara-cara Buat Fucuk Soya Secara Homemade, Mudah Dan Jimat

Fucuk soya ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawasup sayur dan macam-macam lagi. Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Menerusi FB Lemang Biru, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soyaMudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Air soya segar – air soya kosong tanpa gula. Untuk lebih mudah, boleh beli air soya (tanpa gula)di pasar malam.
  • Chopstick secukupnya

CARA MEMASAK:

  • Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan guna api kecil sahaja. Jika guna api besar, air soya akan hangus.
  • Biarkan air soya di dalam periuk tadi memanas. Jangan kacau atau gaul. Biarkan sahaja.
  • Lama kelamaan, pada bahagian atas soya akan terbentuk lapisan berkedut-kedut. Biarkan sehingga lapisan tersebut bertukar dari putih ke warna kekuningan.
  • Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi supaya senang lapisan fucuk diangkat nanti. ( boleh rujuk video di bawah).
  • Ambil chopstick dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sampai air soya habis.

  • Keringkan air pada fucuk dan boleh dijemur hingga betul-betul kering.

  • Boleh disimpan dan sedia untuk digunakan dalam masakan.

Tonton video buat Fucuk homemade:

Kredit resipi, video & foto: Lemang Biru / Zaujah Abu Syuhadah (Mama Amal)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *