40817 Selain Tidak Matang Ini Penyebab Lain Daging Ayam Berbecak Darah

Inilah Cara Goreng Ayam Masak Sempurna Dan Tidak Berdarah

Nak tahu Cara Goreng Ayam Masak Sempurna Dan Tidak Berdarah. Menggoreng ayam nampak mudah. Tetapi jika ayam tak dimasak dengan sempurna atau bila di dalamnya masih berdarah boleh menyebabkan keracunan makanan.

Ayam yang digoreng terlalu lama pula akan menjadi keras dan tidak sedap untuk dimakan. Jadi apakah teknik yang betul untuk goreng ayam? Agar daging ayam itu empuk dan sedap.

Cara Goreng Ayam Masak Sempurna Dan Tidak Berdarah

1) Potong ayam pada saiz yang lebih kecil – Untuk mengelakkan ayam berdarah selepas digoreng, pastikan anda potong ayam kepada potongan yang lebih kecil. Terutamanya di bahagian tulang seperti peha dan kepak ayam.

2) Rebus ayam terlebih dahulu – Namun jika anda mengemari potongan ayam yang besar, anda haruslah rebus seketika ayam tersebut sebelum digoreng. Ataupun anda boleh kelar atau cucuk isi ayam dengan garfu agar ia dapat dimasak dengan sempurna dari dalam. Selain itu anda boleh juga kukus ayam itu untuk seketika.

3) Cairbeku atau nyahbekukan ayam terlebih dahulu – Jangan terus menggoreng ayam yang baru dikeluarkan dari peti sejuk beku atau ‘freezer’. Jika tidak dicairbeku sepenuhnya, ayam tidak akan masak dengan sempurna bila digoreng.

4) Goreng dengan minyak yang secukupnya – Anda perlu menggunakan teknik ‘Deep Fry’ untuk menggoreng ayam. Iaitu dengan mengisi minyak yang banyak dalam kuali. Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan ayam. Dan pastikan minyak menutupi keseluruhan ayam dalam kuali.

Bahagian yang bertulang perlu digoreng lebih lama sedikit untuk memastikan keseluruhan bahagian dapat dimasak dengan lebih sempurna dan ayam tidak berdarah didalam selepas digoreng.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: