Trofi Baru Liga Super 2017

Inilah Trofi Yang Akan Dijulang Oleh JDT Malam Esok

Pada petang tadi, FMLLP dan FAM telah melancarkan trofi baru Liga Super yang akan diguna bermula musim ini. Kami memang teruja melihat trofi baru ini dan pastinya JDT akan menjadi pasukan pertama menjulang trofi ini pada malam esok.

Selepas majlis pelancaran tersebut FMLLP dan FAM mengadakan sidan media. Seperti yang dinyatakan semasa majlis tersebut, terdapat 8 Ciri-ciri piala seperti dibawah ini:

[AdSense-B]

1. Direkebentuk dan dihasilkan dengan tangan oleh tukang-tukang yanh mahir dari tukang emas DiRaja

2. Diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen 24k.

3. Berdiameter 252mm di bahagian tapak. Tinggi 633mm. Berat 20kg.

4. Nama pemenang tahunan diukir di bahagian bawah belakang trofi.

5. Logo pasukan juara dipateri dibahagian pusat trofi supaya tampak ekslusif.

6. Berkonsepkan futuristik dan elegan.

7. Simbolik lambang kekuatan dan dinanisme 12 pasukan bertanding.

[AdSense-B]

8. Warna emas lambang kekuatan dan donimasi buat pasukan yang layak sahaja.

Kami sertakan sekali video majlis perlancarang dan sidang media petang tadi.

[AdSense-B]

Baca juga: TERKINI: MA Ranking Kemaskini September 2017, Malaysia Masih Kedudukan Ke-6 Zon Asia Timur

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: