Kapten Izham Tarmizi

Izham Tarmizi : ‘Modern Keeper’ Yang Pertama Di Malaysia?

Jikalau anda seorang penyokong JDT atau pemerhati bola sepak tempatan, anda mungkin mengenali susuk badan yang kecil dan amat lincah dalam menjaga gawang JDT sehingga dia digelar Neuer Malaysia. Tapi kenapa beliau terlalu istimewa sehingga digelar sedemikian?

Penulis kami merungkai beberapa gaya dan corak permainan penjaga gawang no. 1 JDT, Izham Tarmizi.

Sweeper-keeper

Umumnya kita tahu Malaysia mempunyai ramai penjaga gol yang dalam on-form seperti Hafizul Kamal, Khairul Azhan dan ramai lagi. Namun, Izham mempunyai gaya permainan yang keeper dalam Liga-M kurang kuasai, iaitu peranan Sweeper-keeper.

Tapi, apa itu Sweeper-Keeper?

Sweeper-Keeper adalah keadaan di mana penjaga gol akan menjadi pertahanan terakhir di garisan tinggi atau bahasa mudahnya pertahanan tambahan. Penjaga gol jenis ini biasanya akan “sweep” atau “menyapu” mana-mana bola yang terlepas dari unit pertahanan. Biasanya, gaya sebegini diterapkan bilamana satu-satu pasukan bermain secara total attacking atau high line game.

Dalam kem JDT, total attacking amat diperlukan bilamana Morais mula dapat wake up call dari pasukan lawan dan pada ketika ini, anda boleh lihat kedudukan Izham ketika itu, dia hanya roaming antara zon 14 sahaja bagi secure mana-mana bola yang terlepas dari pertahanan.

Mungkin ada yang sesetengah akan kata, ala time Morais je dia jadi sweeper-keeper ni. Ok, anda betul-betul salah. Zaman Mora juga dia amat sesuai ketika bermain secara high defensive line.

Bagaimana?

Umumnya mengetahui, Mora kerap menerapkan build-up game namun dalam intensiti yang tinggi. Dan Izham memainkan peranan amat besar dalam menjadi pertahanan terakhir.  Kerap kali pasukan yang bermain memggunakan target-man kurang mendapat bola di kaki akibat functional sweeper keeper oleh Izham.

Namun perlu diingatkan, Izham bukan ball- playing keeper oleh  sebab fizikalnya yang kecil. Kebanyakan pemain forward di Liga-M bertindak sebagai target-man, dan mereka lebih besar fizikalnya berbanding Izham. Jadi, dari segi aerial duel dan body contact, Izham dah kalah namun tahap aggresif yang dimilikinya dalam menjaga zon 14 di kawasan sendiri membolehkan dia buat berbuat demikian.

Boleh dikatakan dari segi form, Izham mempunyai contoh terbaik untuk menjadi penjaga gol moden yang terbaik di Malaysia. Namun untuk menggelarkannya Neuer Malaysia masih lagi tidak sesuai kerana seperti apa yang telah penulis telah ulas, dia bukan typical ball-playing keeper. Malah masih lagi banyak kekurangan Izham seperti penalty situation yang perlu diperbaiki lagi.

Statistik 2017

Penampilan : 20

Minit bermain : 1,800

Bolos : 17

Clean sheet: 10

Kapten: 1

Kesimpulan

Penulisan ini bukan berniat untuk menidakkan kemampuan penjaga gol yang lain, kerana ramai lagi yang ada kemampuan bertindak seperti Izham, Cuma apa yang kami rasa Izham berbeza dari penjaga gol ialah corak dia bermain.

Anda boleh tengok bagaimana fizikal kecil itu mampu menjaga gol dan berhadapan dengan penyerang yang lebih besar. Namun, penulis akui Izham masih lagi jauh dari tahap penjaga gol seperti Neuer walaupun mungkin Izham merupakan satu-satunya modern keeper yang sudah di”modified”kan oleh JDT sendiri.

Baca juga: Piala Malaysia 2017: JDT Hanya Perlu Seri Untuk Juara Kumpulan D

 


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: