Penjaga Gol Jdt Izham Tarmizi Akan Berkahwin Dengan Mia Ahmad

Izham Tarmizi Nikahi Mia Ahmad Januari Depan

Mia Ahmad telah memaklumkan dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari tahun hadapan pada sidang media yang diadakan petang semalam.

Menurut Mia Ahmad lagi, tarikh pernikahan mereka terpaksa ditunda ke tarikh tersebut kerana komitmen pada kerjaya masing-masing. Mia Ahmad bersyukur bahawa persediaan yang telah mereka lakukan sejak beberapa bulan yang lalu sudah hampir 80% siap sepenuhnya.

Pasangan ini bertemu buat pertama kali ketika Mia Ahmad menjalani pengambaran di Johor Bahru. Mereka diperkenalkan menerusi kawan dan Mia Ahamd sendiri tidak mengetahui bahawa Izham Tarmizi adalah bintang bola sepak dan juga penjaga gol JDT. Selepas dari hari itu, mereka tidak pernah berhubung sehinggalah Izham  Tarmizi menegur Mia di laman Twitter.

Izham Tarmizi Nikahi Mia Ahmad Januari Depan

Sejak berkenalan setahun yang lalu, Izham tidak menyangka Mia seorang yang manja dan memahami. Pada pertama kali berjumpa Mia, Izham teruja dapat bertemu dengan pelakon kesayangannya itu. Tambahnya lagi, Izham tidak akan menghalang Mia untuk meneruskan kerjaya seninya selepas berkahwin nanti bagi menghormati minat bakal isterinya itu.

Majlis penikahan antara Mohd Izham Tarmizi dan Mia Ahmad akan berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kelab Gold Taiping. Seterusnya, mereka bakal diraikan dalam satu majlis di Kuala Lumput pada akhir Januari serta diikuti dengan acara bertandang pada sebelah pengantin lelaki di Marang, Terengganu.

Kami mengucapkah tahniah untuk pasangan ini dan semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Nanti bila pergi honeymoon ingatlah game pertama JDT pada hujung bulan Januari untuk Piala ACL preliminary. Kemungkinan besar JDT akan bermain di Thailand lawan club sana. Adakah Mario Gomez akan meninggalkan Izham Tarmizi di Johor Bahru dan terlepas perlawanan ini?

Baca juga: Pemain Baru JDT: Muhammad Haziq dan Ernest Wong


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: