Jadual Pra Musim JDT 2017

Jadual pra-musim JDT 2017 dan apa kata pemain

Skuad kendalian Mario Gomez akan berlepas ke Thailand hari ini, 7hb Januari 2017 untuk menghadapi tiga perlawanan pra-musim di sana. Kami sediakan jadual pra-musim JDT 2017 dan pendapat oleh beberapa pemain.

Pertemuan dengan kelab Chonburi FC, Air Force Central FC dan Buriram United FC pastinya merupakan medan ujian buat pengendali Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam merencanakan taktikal terbaru untuk musim baru.

Ruang masa untuk mencari persefahaman serta keserasian antara pemain juga sudah tentu akan digunakan sebaik mungkin dalam perlawanan-perlawanan tersebut. Semoga pencapaian yang lebih gemilang berjaya diraih pasukan Harimau Selatan untuk musim ini. Luaskan Kuasamu Johor.

[AdSense-B]

Jadual pra-musim JDT 2017

Chonburi FC vs JDT

Tarikh: 10 Jan 2017

Lokasi: Chon Buri Stadium

Waktu: akan diberitahu kelak

Siaran langsung/Streaming: akan beritahu kelak

Air Force Central FC vs JDT

Tarikh: 11 Jan 2017

Lokasi: Dhupatemiya Stadium

Waktu: akan diberitahu kelak

Siaran langsung/Streaming: akan beritahu kelak

[AdSense-B]

Buriram United FC vs JDT

Tarikh: 14 Jan 2017

Lokasi: I-mobile Stadium Buriram

Waktu: akan diberitahu kelak

Siaran langsung/Streaming: akan beritahu kelak

Azammuddin Akil

Jadual pra-musim JDT 2017 alex azammudin akil

Saya dan rakan sepasukan yang lain akan terus berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk menghadapi tiga perlawanan pra-musim di Thailand. Ia adalah perlawanan yang amat penting bagi kami untuk mencuba taktikal baru jurulatih dan mencari lebih persefahaman antara pemain sebelum kempen Liga Malaysia bermula.

Perlawanan pra-musim di Thailand tidak perlu diambil mudah kerana keputusan dan prestasi pemain disana nanti bakal memberi kesan kepada pasukan untuk menghadapi musim baru. Pembentukan persefahaman sesama pemain juga penting untuk menerima strategi baru dari jurulatih yang pastinya telah dirancang dengan teliti.

[AdSense-B]

Izham Tarmizi

Jadual pra-musim JDT 2017 izham tarmizi

Kami sudah mula menjalani latihan bagi menghadapi musim baru yang pastinya lebih sengit. Tapi sebelum itu, kami perlu memberikan fokus kami dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan pra-musim di Thailand. Teruskan berikan sokongan anda kepada kami untuk musim baru ini.

Apa pula kata anda?

Baca juga: Pemain Import Baru JDT 2017: Kenali Gonzalo Cabrera

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: