JDT Jangan Selesa

Jangan Fikir Sudah Selesa – Morais

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menggesa anak buahnya agar tidak berasa terlalu selesa dengan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super ketika ini kerana apa sahaja boleh berlaku dalam baki kempen jika mereka tidak fokus.

JDT mengukuhkan usaha mereka untuk menjulang trofi liga buat kali keempat berturut-turut apabila mengalahkan Sarawak 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam tadi untuk berada 11 mata di hadapan pencabar terdekat Kedah ketika persaingan musim ini berbaki enam perlawanan.

[AdSense-B]

Menurut Morais, tidak di­nafikan mereka merupakan pilihan utama untuk muncul juara ketika ini, namun dalam bola sepak pelbagai perkara boleh berlaku.

Ulisses Morais coach baru JDT

“Perbezaan 11 mata ini pas­tinya sesuatu yang positif untuk kami, namun saya tidak mahu terlalu yakin kerana kita masih mempunyai baki beberapa perlawanan.

“Masih banyak aspek yang boleh ditambah baik untuk memastikan JDT terus mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi,” ujarnya selepas dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan malam tadi.

Sementara itu, pemangku jurulatih Sarawak, Pengiran Bala berkata, pihaknya akur dengan kekalahan pasukannya dan berharap anak buahnya mengutip pengalaman berharga daripada pertemuan itu.

[AdSense-B]

“Separuh masa pertama kami bermain dengan baik dan berjaya mendapatkan gol penyamaan selain turut memberi tekanan kepada JDT.

“Namun ternyata mereka pasukan yang lebih baik pada malam ini,” ujarnya yang turut mengakui sasaran mereka adalah untuk mengelakkan penyingkiran dan seterusnya kekal bersaing dalam Liga Super bagi musim depan.

Sumber: Utusan

Baca juga: Liga Super 2017: Adakah JDT Sudah Juara? Secara Matematik dan Prestasi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: