Leonel Jorge Nunez

Jaringan Pertama Nunez Bersama Kelab Barunya, PS TNI

Nunez merupakan bekas pemain import JDT untuk musim 2013. Pada awal bulan ini Nunez menyertai sebuah kelab bolasepak di Indonesia iaitu PS TNI. Bentuk tubuhnya sungguh berbeza ketika mewakili JDT pada 4 tahun yang lepas.

Buat masa ini Nunez baru melakukan 2 penampilan untuk pasukan barunya dan berjaya mengumpul 100 minit perlawanan. Pada perlawanan pertamanya, dia hanya bermain sehingga minit ke-29 sahaja. Perlawanan tersebut berkesudahan seri.

Pada penampilan kedua, Nunez menjaringkan gol cantik seperti gol yang pernah dijaringkan di JDT. Keputusan akhir kemenangan berpihak kepada pasukan baru Nunez.

Baca juga: Menjelang Jendela Perpindahan : Apa Yang Diperlukan Untuk JDT Sekarang Ini?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: