Marcos Baru

JDT Akan Mendapatkan Dua Import Dan Empat Pemain Tempatan Baru Untuk Musim 2018

Semasa sidang media Kongress JDT, TMJ menyatakan JDT bakal membawa masuk sekurang-kurang seorang atau dua lagi pemain import bagi memperkuat pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia dan saingan Piala AFC pada musim 2018.

Selain pemain import, sekurang-kurang tiga atau empat pemain tempatan bakal dibawa masuk bagi membawa cabaran skuad Harimau Selatan nanti. Namun, pemain yang akan meninggalkan JDT masih menjadi tanda tanya.

[AdSense-B]

Ketika ini, skuad JDT diperkuat oleh empat pemain import – Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera, Mohamad Ghaddar dan Marcos Antonio. Manakala seorang lain pemain import, Hariss Harun dipinjamkan ke Home United selama semusim.

JDT vs Melaka United guerra

“Pemain import yang saya akan bawa masuk sama ada seorang atau dua pemain manakala pemain tempatan mungkin tiga atau empat pemain,”kata TMJ.

[AdSense-B]

Siapakah yang akan meninggalkan skuad JDT pada akhir musim ini? Kami harap semua pemain dapat menumpukan sepunuh perhatian kepada baki perlawanan dan mendapatkan Piala malaysia buat kali pertama.

Baca juga: VIDEO: Sidang Media Selepas Tamat Sidang Kongress JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: