Acl Afccup Draws 3x2

JDT Berjaya Ke Pusingan Kelayakan Piala ACL 2018 Untuk 4 Tahun Berturut-turut

JDT berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Super 2017 pada Sabtu yang lepas. Sebagai juara Liga Super JDT mengisi satu lagi slot di Piala AFC 2018 dan juga kelayakan Piala ACL 2018.

Penentuan slot dalam Piala ACL 2018 masih ditentukan berdasarkan MA ranking 2016. Makanya, JDT akan berada dalam pusingan kelayakan lagi. Sama seperti musim 2017, JDT akan menentang pasukan dari Thailand pada pusingan ‘Prelim’ #2 dan jika menang akan bertemu pasukan dari Jepun di pusingan ‘Playoff’

[AdSense-B]

Berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan oleh AFC, tarikh untuk perlawanan Piala ACL ‘Prelim’ #2 adalah pada 23 Jan 2018 dan ‘Playoff’ pada 30 Jan 2018. Jika JDT berjaya memenangi ‘Playoff’, JDT akan berada dalam peringkat kumpulan Piala ACL buat pertama kali dalam sejarah kelab.

gamba osaka vs jdt 1

Jika JDT gagal dalam pusingan kelayakan Piala ACL 2018, JDT akan mengisi salah satu slot Malaysia dalam Piala AFC 2018. Undian untuk menentukan kumpulan akan berlangsung pada bulan Disember tahun ini. Pusingan peringkat kumpulan akan bermula dalam minggu kedua bulan Febuari 2018.

[AdSense-B]

Kami ucapkan tahniah kerana JDT berjaya berada dalam pentas Asia untuk 4 tahun berturut-turut. Kami harapkan JDT dapat mencuba sehabis baik untuk melayakan diri ke peringkat kumpulan Piala ACL. JDT adalah sebuah kelab yang selalu mencipta sejarah.

Keputusan perlawanan JDT dalam kelayakan Piala ACL sejak 2015

Baca juga: Natxo Insa Teruja Memenangi Dua Gelaran Liga Dalam Masa Empat Bulan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: