Jdt 2018

JDT Buru Gelaran Kelima Berturut-Turut

Berstatus juara Liga Super empat musim berturut-turut meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan pilihan untuk meneruskan pencapaian terbaik pada musim ini sejak pasukan itu melakukan transformasi pada musim 2013.

Namun pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat lebih selesa memilih untuk mengelak tekanan awal kepada pasukannya dengan menyasarkan kelompok tiga teratas liga, suku akhir Piala FA serta Piala Malaysia.

Jika diimbas kembali perancangan itu, ia tampak berkesan kerana mereka mengambil pendekatan satu perlawanan ke satu perlawanan untuk melakar kemenangan dan seterusnya muncul juara liga.

Walaupun sedar betapa saingan pada musim baharu nanti tampak lebih mencabar, skuad Harimau Selatan bagaikan mahu mengulangi pencapaian musim lalu dan kehadiran beberapa pemain muda mampu mengimbangi gandingan dengan pemain senior.

morais menang

Kehadiran Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba yang menyertai JDT pada musim ini dan kelibat Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa dan Hariss Harun yang kembali menguatkan skuad, membuatkan JDT tampak ampuh di setiap posisi.

Skuad kendalian Ulisses Morais berjaya mempertahankan kejuaraan liga musim lalu dan julung kali menjuarai Piala Malaysia. Ia pasti menyuntik semangat pemain memburu kejuaraan kelima berturut-turut untuk memburu slot automatik beraksi di pentas saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim depan.

Mengulas persiapan menghadapi musim 2018, Morais menegaskan kesemua pemain begitu komited sepanjang latihan dan bersedia memulakan kempen liga dengan aksi pertama menentang Kedah merebut Piala Sumbangsih.

“Saya berpuas hati dengan prestasi setiap pemain sepanjang aksi persahabatan pramusim, malah mereka kerap memberi kerjasama dan mengikut setiap perancangan taktikal,” katanya.

Yang pasti, kelibat Farizal Marlias bakal mewarnai semula kancah Liga M selepas penggantungan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan tamat pada 10 Februari ini dan hanya terlepas dua perlawanan liga.

Kehadiran Farizal mampu menguatkan gawang JDT yang hanya menaruh sandaran kepada Izham Tarmizi Roslan dan Haziq Nadzli sepanjang baki saingan Liga M pada musim lalu.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Panduan Untuk Menonton Perlawanan Liga Malaysia Di iFlix


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Hafiz Othman

Sandiwara konvesional,Korotasinya nasional,Kontradisinya natural,aspirasinya bukan liberal