Benjamin Morais

JDT II Berada Di Zon Bahaya

Apakah nasib pasukan simpanan, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam sembilan perlawanan yang diharungi setakat ini?

Dengan sekadar meraih empat mata susulan empat keputusan seri yang dilakar anak buah Benjamin Mora itu, timbul persoalan sama ada pasukan ‘pembangunan’ itu memiliki kemampuan untuk terus bersaing pada musim ini sekali gus mengelak daripada tersingkir ke Piala FAM musim hadapan.

[AdSense-B]

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards optimis pasukan itu mampu bangkit daripada prestasi buruk yang sedang dialami ketika ini sekali gus menamatkan saingan musim ini sekurang-kurangnya selaku enam pasukan terbaik.

Malah, Alistair juga percaya beberapa penambahbaikan yang sudah dirancang untuk memperkasa skuad JDT II itu akan berjalan lancar dan dapat memastikan pasukan itu kembali memberi cabaran pada baki saingan Liga Perdana musim ini.

“Kami telah memperbaiki skuad JDT II dan kini kami yakin sasaran kami untuk musim ini adalah di tangga kelima atau keenam teratas. Kami yakin ia masih belum terlalu lewat serta masih ada masa untuk diperbaiki. Itu adalah sesuatu yang JDT yakini.

“Itu sebabnya kami tidak peduli mengenai pandangan orang lain terhadap pasukan ini yang dikatakan pasukan tercorot pada masa ini kerana pasukan ini akan mendapat suntikan ‘tonik’ baru dan kita akan dapat lihat di penghujung musim ini di mana pasukan ini akan berada,” katanya menerusi satu kenyataan di Johor Southern Tigers, malam tadi.

[AdSense-B]

Antara langkah yang sudah diambil JDTII setakat ini adalah membawa masuk pemain import baharu kelahiran Argentina, Lucas Ontivero yang akan membantu mereka dalam usaha untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana musim ini.

Meskipun berkelebihan satu perlawanan berbanding pasukan lain, JDT II masih ketinggalan tiga mata di belakang pasukan di tangga ke-10, UKM FC yang mengutip tujuh mata dengan tujuh gol berjaya dihasilkan pasukan itu namun dibolosi 15 jaringan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Tanpa Dua Penyerang Import, Tidak Begitu Terkesan Di Liga Super – Martin Prest

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment

Comments are closed.