Daren Lok Vs Tfc2

JDT II Lakar Kemenangan Kedua

PASIR GUDANG: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menang tipis 2-1 menewaskan Terengganu FC II (TFC II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), sebentar tadi.

Kemenangan skuad kendalian Benjamin Mora pasti melegakan ketika berjaya menebus kekalahan 1-2 kepada TFC II pada aksi 16 April lalu untuk kekal di tangga kelapan liga selepas mengharungi 13 perlawanan untuk mengumpul 14 mata.

[AdSense-B]

Pertembungan dua pasukan simpanan untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) itu tampak seimbang apabila JDT II dan TFC II menumpukan aksi di kawasan tengah padang untuk mencari ruang bagi menggempur benteng masing-masing.

Tuan rumah terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-12 selepas bola sepakan sudut Nicolas Fernandez tepat kepada Bruno Soares yang tidak dikawal mudah menanduk bola menewaskan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin.

Namun gol itu tidak bertahan akibat kesilapan Adib Zainuddin yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada minit ke-16 yang memudahkan tugas Akanni Wasiu merampas bola dan merembat leret menewaskan Samuel Sommerville untuk mengikat jaringan 1-1.

Bola lontaran dari luar Che Rashid Che Halim pada minit ke-44 membuka ruang buat Darren Lok yang mengawal bola sebelum merembat leret menewaskan Mohd Suhaimi untuk selesa mendahului 2-1 sebelum melangkah masuk ke bilik persalinan bagi mengakhiri babak pertama.

[AdSense-B]

Walaupun skuad kendalian Mustaffa Kamal Abdul Wahab tampak menguasai perlawanan pada babak kedua, namun mereka gagal mencipta gol penyamaan tatkala benteng skuad Merah Biru ampuh menghalang asakan barisan serangan pelawat dan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: