Tidak Pernah Tewas Di Larkin

JDT, Juventus antara kelab tidak tewas di laman sendiri bagi tahun 2016

Tahun 2016 sudah hampir sampai ke penghujungnya. JDT mempunyai musim yang gemilang tahun ini. Mempertahankan Piala Sumbangsih, menjuarai Piala FA buat kali pertama, juara Liga Super kali ketiga berturut-turut dan berjaya ke separuh akhir Piala AFC untuk kali kedua. JDT mencipta rekod menjadi pasukan yang tidak tewas di laman sendiri untuk tahun 2016.

Dalam artikel ini kami akan senaraikan kelab-kelab yang mencipta rekod yang sama. Tapi bukan dua kelab sahaja tau! Kami sengaja letak dua kelab sahaja kerana tidak mahu tajuk artikel ini menjadi panjang. Jadi, berapa jumlah kelab semuanya? Sila teruskan membaca.

[AdSense-B]

JDT kebal di Larkin, tidak tewas di laman sendiri

Secara keseluruhan, JDT mengharungi 23 perlawanan di stadium Larkin tanpa kalah dalam semua kejohanan. Kami pecahkan setiap perlawanan mengikut kejohanan.

Liga Super: 10/11 kemenangan – 90.9%

Piala AFC: 5/6 kemenangan – 83.3%

Piala FA: 3/3 kemenangan – 100%

Piala Malaysia: 1/3 kemenangan – 33.3%

Jumlah: 19/23 kemenangan – 82.6%

Pasukan yang berjaya seri di stadium Larkin: Selangor (Liga Super), Bengaluru FC (Piala AFC), PKNS FC (Piala Malaysia) dan Perak (Piala Malaysia).

Nota: Perlawanan antara JDT dan PKNS FC pada 14/05/2016 merupakan Final Piala FA yang diakan di stadium Shah Alam.

JDT tidak tewas di laman sendiri bagi tahun 2016

[AdSense-B]

Itali – Juventus

Sila lihat gambar dibawah:

tidak tewas di laman sendiri bagi tahun 2016

China – Guangzhou Evergrande FC

Sila lihat gambar dibawah:

[AdSense-B]

Indonesia – Perseru Serui

Pasukan ini hanya bermain dalam liga Indonesia dengan 17 perlawanan sahaja. Mereka tidak terlibat dalam piala domestik yang lagi. Boleh lihat gambar dibawah.

Iraq – Al Talaba

[AdSense-B]

Myanmar – Yadanarbon FC

Untuk artikel ini, kami hanya memberi tumpuan kepada pasukan dari negara-negara yang mempunyai liga yang popular dan juga dari Asia. Jika anda menjumpai pasukan yang lain, boleh komen dibawah dan kami akan kemaskini artikel ini.

Kami tamatkan artikel ini dengan satu pertanya. Adakah JDT mampu mengekalkan rekod yang sama untuk musim 2017?

Baca juga: Pemain Import Baru JDT 2017: Kenali Brian Ferreira

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: