Gonzalo Cabrera Vs Negeri Sembilan

JDT Kurang Terkesan Di Liga Super Tanpa Dua Penyerang Import – Martin Prest

Juara Liga Super empat kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata berada dalam kelas mereka yang tersendiri apabila kekal mendahului carta Liga Super meskipun ‘tempang’ selepas kehilangan dua penggempur importnya pada musim ini.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers malam tadi mengakui pasukan itu sedikit bergelut apabila terpaksa beraksi tanpa dua tonggak, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa namun berpuas hati selepas mereka berjaya mengekalkan fokus untuk saingan liga pada musim ini.

Katanya, kehilangan dua penyerang import yang banyak membantu JDT sebelum ini dilihat tidak begitu mendatangkan kesan selepas melihat kedudukan skuad Harimau Selatan itu yang berkelebihan lima mata mengatasi pencabar terdekat, Perak.

“Kami amat gembira kerana jelas kami berjaya kekal fokus kepada misi kami yang paling utama iaitu pada pertandingan paling mustahak tahun ini.

“Kami tahu selepas ketiadaan penyerang luar negara, kami akan berhempas pulas kerana misi kami adalah untuk memberi penekanan kepada pasukan untuk mendapatkan mata semaksimum mungkin sehingga kami mempunyai penyerang baru.

Walau bagaimanapun, tanpa penyerang import, JDT memperolehi 24 mata dengan memenangi lapan daripada sembilan perlawanan Liga Super setakat ini dengan jumlah 20 gol manakala bolos hanya tiga jaringan.

“Barisan kejurulatihan dan para pemain telah menunjukkan mentaliti yang tinggi sepertimana yang Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ingatkan untuk kami sentiasa kekal bersatu walaupun apa jua keadaan,” katanya.

Dalam masa sama, Prest mengakui Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan itu sentiasa mengingatkan barisan pemainnya supaya meletakkan keutamaan kepada agenda dan gambaran yang lebih besar untuk pasukan terbabit.

“Sejak dari awal musim, tumpuan tersebut sudah semestinya adalah terhadap pertandingan yang paling mustahak manakala yang lain-lain adalah perkara kedua,” katanya.

Pada pertengahan musim ini, JDT berdepan tamparan hebat kehilangan Diaz yang ‘melarikan diri’ dan Figueroa yang digugurkan sekali gus menyaksikan mereka hanya memiliki seorang penyerang import iaitu Gonzalo Cabrera untuk mengisi jentera serangan yang dibantu penyerang tempatan.

Namun, JDT mengesahkan mereka sudah menandatangani dua pemain import baharu iaitu bekas pemain tengah Lyon, Harry Novillo dan juga penyerang kelahiran Brazil, Jorge Silva bagi memperkasa pasukan terbabit dalam usaha memastikan misi memenangi kejuaraan Liga Super buat kali kelima tidak tercalar.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Corbin Gembira Buka Akaun Jaringan Bersama JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *