Morais Jdt

JDT Mampu Menjaring Lebih Banyak Gol – Morais

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais berkata pasukannya seharusnya mampu menjaringkan lebih banyak gol ketika berdepan Melaka United bagi memberi lebih keselesaan menjelang aksi kedua di laman sendiri minggu depan.

Pada perlawanan pertama saingan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi, skuad Harimau Selatan tiada masalah untuk membenam MU, 4-1.

[AdSense-B]

Keputusan berkenaan sekali gus meletakkan juara Liga Super empat kali berturut-turut itu sebagai pilihan untuk mara ke separuh akhir.

“Persembahan kami hanya lebih meyakinkan pada 45 minit kedua dengan tambahan dua gol sebagai bekalan mengharungi pusingan kedua di Larkin.

Natxo Insa 2

“Seharusnya kami mampu mencipta lebih banyak gol pada malam ini, namun empat gol tetap memuaskan.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemain untuk memberi persembahan lebih baik pada aksi kedua dan tidak sesekali memandang mudah cabaran lawan, walaupun memiliki agregat selesa,” katanya selepas perlawanan itu.

Empat gol JDT pada aksi pertama ini diperoleh menerusi jaringan Mohamad Ghaddar masing-masing pada minit ketujuh, dan ke-34, selain melalui Ignacio Insa (ke-68) dan Safiq Rahim (ke-85).

[AdSense-B]

Tuan rumah mendapat gol tunggal menerusi Marko Simic pada minit akhir babak pertama.

Morais berkata pihaknya akan menggunakan tempoh seminggu ini untuk memperbaiki kekurangan yang wujud sebelum turun bagi mengharungi aksi kedua.

Ghaddar 1

Perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia antara JDT dan MU dijadual diadakan di Larkim pada 24 September ini.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Analisa Melaka United vs JDT : Melaka United Gagal Kekalkan Intensiti Tinggi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: