Jdt Vs Selangor Menang

JDT Pastikan Selangor Berputih Mata

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di tangga teratas carta liga selepas memastikan Selangor berputih mata apabila menewaskan pasukan itu 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung malam tadi namun ditunda malam ini akibat keadaan padang becak nyata tidak menjejas corak permainan pantas yang dipamerkan kedua-dua pasukan apabila masing-masing sering memburu jaringan.

Penguasaan ketara jelas milik tuan rumah sebaik babak pertama bermula apabila mengasak ke kubu skuad Gergasi Merah yang memaksa benteng pertahanan pelawat bertungkus lumus menghalang gerakan berbahaya Safawi Rasid yang melakukan percubaan pada minit ke-12.

[AdSense-B]

Ketika aksi memasuki minit ke-18, Safawi gagal menyempurnakan sepakan percuma dengan jaringan walaupun bola sepakannya dari jarak 25 meter tepat ke gawang gol namun penjaga gol pelawat, Khairul Azhan Khalid sudah bersedia menangkap kemas.

Pelawat yang sering diasak cuba untuk mengambil kesempatan bagi membuka tirai jaringan pada minit ke-32 namun bola sepakan percuma oleh Rufino Segovia hanya sipi melencong daripada pintu gol ketika penjaga gol, Farizal Marlias tertewas.

Bola hantaran lintang Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-36 hampir memerangkap benteng pertahanan tuan rumah tetapi tindakan pantas Farizal yang berjaya menutup ruang menyukar Segovia untuk menyambar bola daripada mencipta jaringan.

Tindakan Gonzalo Cabrera yang mengumpan bola ke dalam kotak penalti pada minit ke-43 masih belum mampu beri kelebihan buat tuan rumah selepas bola yang di tanduk Safawi hanya sipi di kiri pintu gol pelawat ketika Khairul Azhan tertewas.

Sebaik babak kedua bermula, skuad Harimau Selatan terus menambah tekanan pada benteng pelawat namun gerakan yang dimulakan Corbin Ong dengan umpanan pada minit ke-51 di tanduk ke belakang Safawi kepada Natxo Insa namun rembatan bola beliau lemah mudah Khairul Azhan menangkap bola.

Selepas berhempas pulas mengasak ke kubu pelawat, akhirnya gol yang dicari skuad Harimau Selatan menjelma pada minit ke-60, bermula dengan gerakan solo Cabrera yang menyusup masuk ke dalam kotak sebelum mengumpan untuk Ahmad Hazwan Bakri sekadar menolak bola menewaskan Khairul Azhan.

[AdSense-B]

Tiang gol sebelah kiri nyata menjadi peghalang buat tuan rumah pada minit ke-66 untuk menambah jaringan selepas bola rembatan Insa hasil gerakan menarik Cabrera ketika Khairul Azhan sudah tertewas.

Larian pantas Safawi di posisi sayap kiri pada minit ke-69 tatkala berjaya melepasi kawalan Amirul Haziq Rasmizal bertindak melintang bola yang menyaksikan Nazmi Faiz Mansor bingkas menyambar bola untuk merembat kencang menewaskan Khairul Azhan dan kedudukan 2-0 kekal milik JDT sekali gus memastikan Selangor terus terperosok.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Kiko Insa Sah Milik JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment

Comments are closed.