Latihan

JDT Sambung Sesi Latihan Pada Hari Raya Ke-2

Pemain JDT diberikan pelepasan selama 3 hari bermula 23 hingga 25 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mereka akan berada semula di Padang Seri Gelam pada 26 Jun untuk menyambung sesi latihan rutin. Sesi latihan  ini bermula awal untuk persedian mengharungi jadual perlawanan yang padat dalam bulan Julai.

JDT akan mengharungi 9 perlawanan dalam bulan Julai yang merupakan 5 perlawanan untuk Liga Super dan 4 perlawanan untuk Piala Malaysia peringkat kumpulan. JDT akan bermula dengan menentang Pulau Pinang di Stadium Larkin pada 1 Julai iaitu pada raya ke-7.

Berikut adalah jadual perlawanan pada bulan Julai:

01/07/2017 – Sabtu – JDT vs Pulau Pinang – Liga Super Matchday #14

04/07/2017 – Selasa – JDT vs Sarawak – Piala Malaysia Match #1

07/07/2017 – Jumaat – Terengganu vs JDT – Piala Malaysia Match #2

11/07/2017 – Selasa – Pahang vs JDT – Liga Super Matchday #15

15/07/2017 – Sabtu – JDT vs Sarawak – Liga Super Matchday #16

18/07/2017 – Selasa – Selangor vs JDT – Piala Malaysia Matchday #3

22/07/2017 – Sabtu – T-Team vs JDT – Liga Super Matchday #17

26/07/2017 – Rabu – JDT vs Perak – Liga Super Matchday #18

29/07/2017 – Sabtu – Sarawak vs JDT – Piala Malaysia Matchday #4

Sebagai penyokong, kami menantikan apakah perubahan yang akan dilakukan oleh coach baru kita dengan penambahan Ghaddar dan Natxo Insa. JDT perlu meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super untuk mengekalkan perbezaan 6 mata dengan tempat kedua.

Baca juga: Hariss Harun Kekal di Home United, Penambahan ‘Exit’ Klausa

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: